Isteri berpuasa sunat tanpa izin suami

Sabda Rasulullah:


لا تصوم المرأة يوما واحدا وزوجها شاهد إلا بإذنه إلا رمضان 


Maksudnya: Seorang wanita tidak boleh berpuasa walaupun satu hari dalam keadaan suaminya berada di rumah, kecuali dengan izin suaminya. Melainkan pada bulan Ramadhan. 
(H.R Bukhari, Muslim, dan lain-lain)

Apakah hukum isteri berpuasa tanpa izin suami?

Majoriti Ulama menyatakan hukumnya adalah haram secara mutlak. Manakala Mazhab Hanafi pula menyatakan hukumnya Makruh Tahrim, iaitu makruh yang mana menghampiri haram. Seorang isteri yang ingin berpuasa sunat perlu mendapat keizinan suaminya jika suaminya berada di rumah. Jika suaminya tiada di rumah, maka ia tidak perlu mendapat keizinan suaminya. Suami juga dibolehkan untuk menyuruh isterinya membatalkan puasanya. Begitu juga jika isteri yang berpuasa ketika suami tiada di rumah, kemudian bila suaminya balik, suami boleh menyuruh isterinya membatalkan puasa. 

Jika seorang isteri tetap meneruskan puasanya walaupun tidak diizinkan suami, puasanya tetap sah, tetapi perbuatannya itu haram. Pengharaman ini bedasarkan hadis Rasulullah diatas, selain itu, mengikuti arahan suami adalah wajib, manakala puasa sunat hukumnya adalah sunat. Perkara sunat tidak boleh melebihi perkara yang wajib. 

Namun begitu, keizinan suami ini hanya dalam puasa sunat, ianya tidak terpakai dalam puasa Ramadhan. Kerana puasa Ramadhan hukumnya wajib, malah isteri tidak berdosa jika menderhaka suaminya jika suami melarang berpuasa Ramadhan. Rasulullah juga menyatakan bahawa tidak ada ketaatan pada manusia dalam perkara yang mungkar, dan tidak berpuasa Ramadhan adalah perkara yang mungkar. Sama juga keadaanya jika berpuasa Qada'. Kerara puasa Qada' dikira juga puasa Ramadhan, yang mana hukumnya adalah wajib.

Suami juga perlu bertimbang rasa dalam perkara ini, seorang suami yang baik perlu menggunakan pendakatan yang baik, walaupun suami ada hak dalam melarang perkara ini, adalah tidak wajar jika menggunakan kekerasan keatas isteri. 


Wallahualam

9 ulasan:

  1. Perlukah isteri mendapat izin suami utk berpuasa sunat seandainya suami keluar bekerja & hanya pulang hampir2 waktu berbuka. Berdosakah isteri kerana menyembunyikan puasa sunatnya?

    BalasPadam
  2. Perlukah isteri mendapat izin suami utk berpuasa sunat seandainya suami keluar bekerja & hanya pulang hampir2 waktu berbuka. Berdosakah isteri kerana menyembunyikan puasa sunatnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebaiknya perlu meminta izin daripada suami. Larangan ini sebenarnya membawa maksud sekiranya isteri puasa tanpa izin dari suami, dan kemudiannya suami ingin berjimak dengan isteri, ia akan jadi terhalang, dan juga isteri mungkin tidak mendapat laksanakan tugas isteri dengan baik. Adalah lebih baik isteri meminta izin suami dahulu, jika suami tidak izinkan, maka si isteri tidak perlu bimbang, kerana pahala niat untuk berpuasanya sudah dikira oleh Allah.

      Padam
  3. Salam. Saya amat berlapang dada isteri berpuasa pada bula Saaban. Namun demikian, isteri berpuasa dari 1 saaban hingga 20 saaban. Selain dari itu muka terus masam tak mahu berbual dengan suami. Pada waktu malam pula tidur lamabt, pukul 2 pagi baru tidur. Suami tiada as nak bersama dengan isteri. Mohon pandangan isteri yang jenis macam ini.

    BalasPadam
  4. Adakah berdosa juga jika suami puasa sunat tetapi isteri meminta agar tidak berpuasa pada hari tersebut dgn alasan2 tertentu

    BalasPadam
  5. pasangan tua pun nk kena Minta izin ke utk brpuasa Sunat

    BalasPadam
  6. Jika setiap minggu mmg buat puasa sunat isnin khamis. Kena minta izin ke setiap minggu?

    BalasPadam
  7. Assalam. Jika isteri puasa nazar, dan jika suami mengajak utk makan bersama sama keluarga. Suami tahu isteri nak puasa. Apa hukum nya?

    BalasPadam