بسم الله الرحمن الرحيم
MLM mula berkembang di Malaysia sekitar tahun 1980,
dan kini telah banyak syarikat MLM bergabung di
bawah Persatuan Jualan Langsung Malaysia, ataupun Direct Selling Association
0f Malaysia (DSAM) dengan 69 syarikat MLM yang dipantau oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Jualan bertingkat (MLM) adalah amat popular
di Malaysia. Pada tahun 2007 ahli-ahli DSAM telah mencatatkan gabungan
perolehan penjualan lebih daripada RM2.7 billion, dan lebih dari 3 juta orang
yang menjadi wakil jualan. Walaubagaimanapun,
sehingga kini masih tidak ramai di kalangan cendikiawan yang membahaskan
tentang sistem pemasaran seperti ini dengan lebih terperinci, dengan hujah-hujah
yang kukuh. Jika dilihat dari aspek ekonomi, MLM merupakan salah satu sumber
penting kepada ekonomi negara, namun dari sudut syariah, satu persoalan yang
timbul adalah, adakah MLM merupakan sesuatu perniagaan yang dihalalkan oleh Islam?
Sistem pemasaran MLM pada
dasarnya merupakan sesuatu yang diharuskan di dalam Islam, kerana ia tidak
bercanggah dengan syarat asas dalam muamalat. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah
membincangkan hukum sistem jualan Langsung (MLM) Menurut Islam. Muzakarah
telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi
Level Marketing (MLM) yang diluluskan kerajaan adalah harus dan tidak
bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.
Walaubagaimanapun, menurut
Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dalam sebuah artikelnya, MLM boleh menjadi haram
sekiranya terdapat unsur-unsur yang berikut:
1) Harga yang lebih tinggi
dari biasa
Produk MLM yang dijual
dengan harga yang lebih tinggi dari biasa tidak digalakkan di dalam Islam, dan
sebahagian ulama menyatakan ianya haram dan terbatal. Di dalam istilah fiqah,
ia digelar ghabnun fahisyh, dan ulama telah mengkategorikan hukumnya kepada tiga,
iaitu, haram, makruh, dan harus.
Ghabnun adalah penipuan yang
dilakukan oleh penjual, dengan menaikkan harga barang, kerana didalamnya
terdapat bayaran yang tersembunyi seperti yuran keahlian dan sebagainya.
Seperti contoh, sebuah telefon bimbit pada asalnya bernilai RM500, akan tetapi,
peniaga MLM telah menjual dengan harga RM900 disebabkan ianya disertakan dengan
keahlian dan menjadi downline kepada si penjual tadi.
Akan tetapi tidak semua ghabnun itu haram, para ulama
telah membahagikannya dalam tiga jenis, justeru ghabnun yang di dalamnya terdapat
unsur-unsur penipuan sahaja yang tidak dibenarkan, dan menjadi haram dalam
perniagaan MLM.
2) Sasaran belian peribadi
sebagai syarat komisen
Perniagaan MLM kebiasaanya
memerlukan sasaran jualan tertentu sebagai syarat penerimaan komisen, apabila
target jualan gagal diperoleh, maka hilanglah kelayakan untuk mendapat komisen
walaupun orang bawahannya berjaya.
Komisen yang diperoleh
bedasarkan hasil usahanya menjual barang adalah harus, kerana ia mengikut akad
upahan. komisen akan bertukar menjadi shubhah apabila ia di dalam
situasi yang berikut :
a)
Peniaga tersebut terikat
dengan syarat tertentu seperti sasaran jualan, kerana ia termasuk dalam
paksaan.
b) Komisen yang diperolehi
daripada hasil usaha orang dibawahnya yang tidak dikenali, dan tidak mempunyai
usaha daripada pendapatan tersebut.
c)
Apabila komisen ke atas
orang yang mengesyorkan sesuatu produk juga dikenakan syarat penjualan, dan
berbeza dengan perjanjian asal upah.
3) Penyertaan tanpa barangan
Komisen yang diperoleh
dengan cara kemasukan ahli bawahan yang baru, bukan melalui jualan barangan dan
jika semakin ramai ahli baru yang menyertai, semakin tinggi komisen yang
diperolehi. Cara ini boleh dikategorikan sebagai riba nasiah, dan riba al-fadhl. Hal yang sama juga
sekiranya barang jualan ada, akan tetapi ianya tidak berkualiti, ataupun pembelinya
tidak mempunya kegunaan ke atasnya, dibeli hanya kerana untuk cukupkan syarat,
dan hanya bertujuan untuk masuk dalam rangkaian perniagaan, serta mendapatkan komisen
dari rangkaian tersebut. Ia juga merupakan helah bagi menghalalkan perniagaan
mereka.
4) Terdapat penipuan
Sistem pemasaran MLM yang
terdapat penipuan dalam pelan pemasarannya, maka hukumnya adalah jelas haram.Ia
juga termasuk dalam paksaan penggunaan produk keatas pelanggan. Selari dengan
firman Allah yang bermaksud:
Ertinya :
“Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu
sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan
jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu”
An-Nisa (4) : 29
5) Terdapat dua akad pada
suatu masa
Hadis dari Rasulullah S.A.W:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في
صفقة واحدة
Ertinya: “ Rasulullah S.A.W telah melarang membuat dua
belian (akad) didalam satu akad”
Dalam perniagaan MLM, hal yang sedemikian berlaku apabila
sebuah syarikat MLM membuka pendaftaran ahlinya dan setiap ahli baru perlu
membayar sejumlah wang yang telah ditetapkan, yang dikenali dengan yuran. walaupun
begitu, tidak ada kontrak yang jelas tentang tujuan, atau untuk apa yuran itu
dibayar. Setelah itu, ahli tersebut layak untuk menjual produk, dan mendapatkan
ahli baru di bawahnya, maka di sini telah menjadi dua akad dalam satu masa,
iaitu akad mu’awadat (pertukaran hak milik), dan akad wakalah (wakil syarikat).
Kesatuan Fiqh sedunia pernah mengeluarkan fatwa ke atas
satu perniagaan MLM iaitu PT Biznas, dan menegaskan ianya satu bentuk perjudian.
Sesetengah MLM terdapat padanya unsur perjudian kerana mempunyai ciri-ciri
berikut:
a) Ahli yang mendaftar
dibawah MLM tidak mahukan barangan yang dibelinya, sebaliknya hanya mahu
menyertai rangkaian piramid, dan ingin perolehi pendapatan menerusi pendaftaran
ahli baru.
b) Bayaran produk yang dibeli
tidak semuanya yang masuk kedalam akaun syarikat.
c) Tujuan perniagaan adalah
untuk menaikkan nilai seseorang, dimana ahli yang berada diatas (upline)
akan sentiasa mendapat keuntungan, dan ahli dibawah (downline) hanya
menyumbang mata kepada ahli diatas.
Pengamal MLM perlulah
menepati syarat-syarat minima yang berikut:
a)
Barangan yang dibeli
mestilah mempunya manfaat ke atas dirinya, dan bukan hanya semata-mata untuk
menyertai rangkaian piramid. produk itu juga haruslah berkualiti, dan boleh
bermanfaat untuk si pembeli.
b)
Bukan emas dan perak
Jika ia jual beli tangguh, maka penjualan emas dan perak
secara tangguh merupakan riba an-nasiah.
c)
Bonus dan komisen perlu jelas
Tiada pendapatan tanpa usaha dan kerja, jadi, setiap komisen serta bonus yang
ditawarkan perlulah jelas, dan setimpal dengan kerja yang dilakukan, bukan
hanya dengan mengharapkan orang bawahannya sahaja.
d) komisen bukan bedasarkan ‘kepala’
komisen mestilah diperolehi dari produk yang dijualnya, bukan
dari ahli yang ditaja, ini perlulah jelas, kerana ia merupakan perniagaan, dan
bukannya permainan wang.
e)
Tiada syarat jualan bagi komisen ahli bawahan
Syarikat tidak boleh meletakkan syarat jualan bagi
memperolehi komisen dari orang bawahannya. Tetapi syarat jualan untuk
kumpulan dibolehkan.
f)
Ahli di atas perlu ada
sumbangan
Perniagaan MLM pada kebiasaannya akan mengadakan sesi
taklimat, atau perjumpaan dengan ahli kumpulan, ini perlu bagi memastikan komisen yang diperolehi oleh ahli
diatas bukan hanya mengharapkan ahli bawahannya sahaja, malah dia juga berusaha
untuk memastikan kejayaan ahli-ahlinya.
g)
Tidak mengaplikasikan
sistem piramid.
Pelan pemasaran sisten piramid adalah, ahli yang daftar
terlebih dahulu akan mendapat keuntungan yang berganda, dan ahli yang
kemudiannya tidak berpeluang menandingi pendapatan ahli yang mendaftar lebih
awal.
h)
Wujudkan musyarakah
Ahli dan orang dibawahnya, perlulah mengamalkan pelan
pemasaran secara musyarakah, iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal
masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat
awal perjanjian.
Rujukan:
Zaharuddin
Abdullah. “Multi Level Marketing menurut syariah”. 8April 2007
Abdullah
Mohammad Basmeh (2000) Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, cetakan ke 16, Kuala Lumpurl: Darul Fikr
Hamzah
Ahmad Az-Zain (2004). Syarah Musnad Imam Ahmad. Jateng. Pustaka Azzam
Bagaimana dengan bisnes yang modal sedikit dan hanya perlu mempromotekan bisnes tersebut?setelah itu akan mendapat keuntungan..adakah ini pun dikategorikan haram?
BalasPadamJika keuntungan itu daripada usaha mempromosikan, maka ia tidak haram, kerana usaha yang dilakukan itu dikira sebagai satu pekerjaan. Bukannya keuntungan atas angin..
PadamWallahualam.
Assalamualaikum.Saya mempunyai persoalan tentang MLM. Kawan saya telah mengajak saya menyertai satu MLM. Mc Ocean company. Untuk menyertai MLM ini, kami dikehendaki membayar RM2400 untuk menjadi ahli dan akan mendapat satu set produk. Set produk tersebut berharga rm1900 dan rm500 merupakan jumlah untuk seminar kewangan, buku dan juga excess card. Pelanggan yang mahu membeli barangan Mc Ocean dikehendaki membeli barangan dari ahli itu sendiri. Tetapi jika seseorang ahli itu mahu mendapatkan keuntungan dengan lebih banyak dan cepat, dia dikehendaki melaburkan sebanyak RM35100 untuk mendapatkan 16 set produk. Dan dia(A) dikehendaki mencari business partner(B) yang membayar RM2400 untuk menjadi ahli. Disebabkan B dibawah A, maka A akan memberi 1 set produk kepada B yg berharga rm1900. Dari situ, A telah membuat indirect selling dengan menjual satu set produk kepada B daripada 16 set produk yang diterimanya semasa melabur tadi. Dan A akan mendapat rebate rm5500 kerana dia telah melabur sebanyak RM35100 itu tadi. Dan jika B ingin mendapat keuntungan lebih, dia dikehendaki melabur RM35100 seperti A, disebabkan A hanya mempunyai 16 set produk sahaja, B akan mendapat 16 set produk daripada company. Dari situ, A akan mendapat komisen disebabkan dia telah berjaya memberi keuntungan kepada syarikat dengan menjual 16 set produk kepada B. Syarikat akan memberi komisen kepada A sebanyak rm4000. Bermakna jika A berjaya membawa masuk business partner yang akan melabur sehingga rm35,100,A akan mendapat untung sebanyak rm5900 untuk satu business partner. Jika lebih ramai partner yg dibawanya, lebih banyak la komisen yang akan diperolehi. Dan jika B ingin mendapat untung lebih, dia dikehendaki mencari business partner yang lain. Tetapi bonus yg akan dierima A hanya sampai kepada 5 generasi downline shj. Ini bermakna jika ada downline(partner) yg berusaha lebih, jumlah income ug diperolehinya mungkin lebih banyak drpd upline. Jadi, saya ingin mengetahui apakah hukumnya menyertai business seperti ini?
PadamAda dua perkara disini, pertama pelaburan tersebut, kedua komisen.
Padam1) Pelaburan yang dilakukan, sama ada A atau B atau sesiapa sahaja, melihat pada kes di atas, ianya haram. Kerana pembelian produk tersebut bukan atas sebab untuk memanfaatkan produk, produk tersebut seolah-olah diberi bagi menghalalkan pelaburan. Begitu juga, ketika A membuat indirect selling kepada B, B mengeluarkan 2400 bukan dengan niat untuk manfaatkan barang tersebut. Maka apa jua pembelian yang kita tidak berniat untuk manfaatkan maka ia haram.
2) Kedua, komisen ini dianggap hadiah dari syarikat, maka ia adalah harus. Namun dalam kes diatas, untuk mendapatkan komisen itu, perlu menyertai dan menjadi ahli, untuk menjadi ahli pula, perlu membuat pelaburan yang haram. Jadi?
Wallahualam.
Salam.. saya ada pertanyaan bersambung dgn soalan dn jawapan sdr/i di atas berkenalan mlm di syarikat mc ocean..
PadamSaya kurang jelas pada jawapan 1. Disebabkan sebelum mana2 ahli baru yang mahu menyertai akan di bawa kpd pengenalan produk terlebih dahulu.. kelebihan dan kebaikan produk itu yang lebih berfokuskan pada kesihatan, kecantikan dan gaya hidup.. dan ahli juga diminta utk mengamalkan produk tersebut supaya mengetahui keberkesanan produk yang dijual.. testimoni juga dikumpulkan kebanyakan di kalangan biz partner sendiri.. Jadi pada pandangan saya tiada unsur pembelian produk tanpa manfaat disini apatah lagi biz parner akan sentiasa melakukan training hampir setiap hari untuk support dan berkongsi ilmu dengan ahli baru dan lama berkenaan produk dan cara terbaik melakukan biz y berkesan.. jika produk itu digunakan dan memberi kesan yang baik pd pembeli bagaimana pula hukumnya.. terima kasih
Kita cuma bisa memilih bisnis yang sesuai dengan nilai-nilai pribadi, kembalikan ke diri masing-masing. Ahli fiqh hanya berijtihad, kita ini yang menentukan ikut atau tidak. Dan masing-masing kita akan bertanggungjawab di hadapan Allah SWT. Kalo memang MLM ini sempurna, kenapa tidak semua orang pilih MLM dalam bisnis. Berdagang konvensional sama tuanya dengan sejarah manusia, MLM baru 65 tahun yang lalu, dan diciptakan oleh seorang ilmuwan Yahudi. Di Indonesia, banyak ustad jadi sponsor bisnis ini dengan dalil-dalil agama, hak dia sih. Tapi tugas ustad membimbing akhlak umat, bukan bikin kaya. Semua berpulang pada diri kita sendiri, wallau'alam.
BalasPadamBetul, terdapat segelintir golongan agamawan yang menggunakan 'title' mereka untuk kepentingan peribadi.
Padamhuhuhu.... mengikut pemahaman saya powergold ada unsur2 seperti di atas. Menggunakan emas sebagai produk dan komisyen atas kemasukan ahli. Erm... macam ada unsur2 syubhah.
BalasPadamMemang hampir semua MLM mencari perkara untuk menghalalkan perniagaan mereka, Di situlah unsur-unsur syubhah akan muncul.
PadamBagaimana dengan bisnes menjual produk yang mempunyai ahli aktif & pasif. Kedua2 ahli perlu mengeluarkan modal. Ahli aktif akan menjual, mempromosi & menaja ahli baru tapi ahli pasif tidak perlu menjual, mempromosi & menaja ahli baru. Kedua2 ahli akan mendapat pulangan modal & bonus setiap hari. Mengikut kefahaman saya, ahli aktif berhak menerima pulangan modal & bonus2 lain dari syarikat. Tetapi bagaimana dengan ahli pasif? Adakah mereka mempunyai hak yang sama seperti ahli aktif walaupun tidak buat apa2? Adakah income yang mereka terima dikira sah/halal? Mohon penjelasan.
BalasPadamDi dunia ini, apa jua income yg kita dapat bukan dari hasil usaha maka dikira haram, seperti org yg memberi pinjaman riba, duitnya berganda tanpa usaha. Sebaliknya orang yang berusaha dia berhak atas apa yang dia usahakan. Jika ahli MLM tidak melakukan apa-apa dan income sentiasa maka, incomenya itu mnjadi syubhah, dan mungkin dalam keadaan tertentu blh jatuh haram.
PadamSaya ade join 1 biz ni...tapi belum buat apa2 sebab meragukan..Ia bukan MLM..tapi biz dgn modal serendah RM10..cara biz ni ialah iklankan promosi & cari ahli baru. Cara buat income pula ialah bila setiap ahli baru byr RM10..contoh 10 ahli x RM10..maka income RM100. Ini riba nasiah ke? Terima kasih.
BalasPadamJika kita dapat income hasil dari usaha kita promosikan sesuatu, maka ia dikira usaha kita. Ia dikiria komisyen atau hadiah dari majikan kerana kita membantu mereka mencari pelanggan.
PadamWallahualam
RM10 tu modal mcm mana? Ade produk ke? Dan bagaimana komisen tu masuk? Adakah ahli baru yg dipromote tu akan bank in RM10 terus ke akaun awk? Dan ahli baru juga akan melakukan bende yg same pada org lain?
PadamBetul persoalan tu,saya juga terlepas pandang. Promosi itu perlulah promosi barang, bukan promosi cari orang. Jika income perlu melalui hadiah dari syarikat kerana berjaya promosi barang dari syarikat, bukan cari orang. Jika melalui ahli maka ia termasuk dalam perkara yang diharamkan.
PadamWallahualam.
Saya nak tambah lg, boleh ke income yg terkumpul dari riba nasiah tu digunakan utk mbayar ptptn...loan kereta atau rumah..?
BalasPadamtak boleh. kerana pinjaman-pinjaman ini akan berkait dengan darah daging kita diakhirnya. Pendapatan yang pernah kita peroleh hasil dari perkara yang haram hanya boleh disedeqahkan kepada untuk kegunaan umat Islam. Cuma mungkin pada pendapat saya sendiri, jika kita tidak sengaja telah terjebak dengan riba, dan kita terpaksa bayar hutang, mungkin boleh didahulan dahulu, tetapi kemudian kita mesti tebus kembali.
Padamwallahualam
Sy ada persoalan, hrp dpt jwb, adakah sama sistem MLM dengan sistem networking?adakah salah kite mendapat komisen jika kita mempromosi suatu syarikat untuk org lain join??
BalasPadamTidak salah, jika kita usaha, maka ia dibolehkan. Yang haram apabila kita dapat satu keuntungan yang tidak ada usaha. Sama seperti persoalan di atas.
PadamTetapi perlu dipastikan kita dapat bayaran dengan apa yang diusahakan. Bukan dari usaha orang lain.
Terima kasih atas respon tu, satu lagi sy xfaham ape mksud komisen bukan berdasarkan kepala?sbab skrg sy ade join satu sistem networking, syarikat ni ade juga produk yg dijual dan dlm mase yg same syarikat ni akn beri komisen kpd sy jika sy dpt mencari org untuk join syarikat ni, dan org tu akn berada di bawah tanggungjawab sy dan ape yg sy lihat syarikat ini lebih tumpu kpd networking
PadamBermaksud komisyen kita pada keuntungan mencari downline,bukan melalui produk yang dijual. ini sudah lari dari matlamat sebenar. Ini bagi perniagaan yang ada produk. jika pekerjaan mencari orang, dan elaun diberi jika kita dapat cari orang,maka ia dibolehkan. Yang menjadi syubhah bila kita dapat keuntungan tanpa usaha melalui downline.
PadamWallahualam
Untuk penjelasan lebih jelas mungkin tuan patut rujuk yang lebih pakar, yang mengetahui pekerjaan tuan, kerana untuk keluarkan suatu pendapat kita perlu tahu dengan jelas berkaitan perkara yang ktia hendak beri pendapat itu.
PadamAPAKAH YG DIMAKSUDKAN JUAL BELI EMAS SECARA TERTANGGUH.JIKA KITA BELI HARI NI BAYAR HARI NI
BalasPadamBermaksud pertukaran antara emas dan duit tidak berlaku dalam 1 masa yang sama. Seperti bayar dulu, dapat emas selepas sebulan.
PadamAssalam..sy masih ragu2 dengan 1 biz nii..biz ni bkn sistem piramid tapi setiap ahli yg masuk perlu mencari 2org dan setiap ahli yg masuk dlm.kadar yg terendah mesti upgrade naik ke peringkat atas dan di beri tempoh jika gagal upgrade pada masa yg ditetapkan sedangkan kita melakukan tugas yg sama duit yg di perolehi akan di.potong dr syarikat kerana gagal upgrade..mohon pencerahan
BalasPadamWaalaikumussalam. Saya mungkin tidak dapat beri penerangan terperinci kerana tidak berapa jelas bagaimana sistem nya. Namun melalui pemahaman saya, perkara ini mendatangkan syubhah.
PadamSepekara lagi, apa-apa perniagaan yang perlu mencari orang maka ianya bukan perniagaan yang baik, kebiasaannya orang yang bawah akan semakin rugi. Dan perniagaan di dalam Islam perlu ada barang jualan, bukan hanya mencari orang bawahan.
Wallahualam
Saya mahu bertanya, kalau biz binomial ( yang hanya perlu cari 2 org) utk penuhkan level, kira ok x? Maksudnya org yg kita cari tu sama je pendapatan dgn kita. Dan barang itu dibeli dgn harga yg agak mahal. Rm 2000++ utk 30 unit produk. Setiap ahli perlu daftar dah ajk kumpulan yg akan susun level. Dah penuh satu level baru level lain dibuka. Komisyen mmg amik dr downline tapi sampai satu limit sahaja. Contohnya rm32,000 sebulan sampai bila2.
BalasPadamMlm seperti ini dibolehkan ke?
MLM ini pada dasarnya adalah harus. Cuma yang menjadi masalah bila ada setengah company yang menjadikan pendapat utama dengan cara mencari downline, bukan melalui jualan produk. Mereka mencipta produk sebagai alasan sahaja. Oleh itu, perlu dilihat biz encik itu mengutamakan produk atau mencari downline? Jika melalui mencari orang maka akan timbul kesamaran disitu.
PadamWallahualam
Nak tanya,macam mana nak belajar tentang hukum mlm ni yg dibolehkan atau tidak ???Maksudya drpd segi kitab dan panduan...Terima kasih....
BalasPadamItu saya tidak pasti. Cuma panduan awal saya boleh bagi. Jika kita nk tahu tanda2 awal mlm tu ada unsur2 keraguan adalah kita lihat pada gerak kerjanya, syarikat lebih mengutamakan jualan produk, atau utamakan cari orang bawahan. Jika lebih utamakan jualan produk maka ia tanda-tanda awal mlm yg baik, jika mencari orang, maka ia tanda awal perniagaan itu ada keraguan.
PadamSalam. nak tanya, bolehkah sesebuah syarikat online marketing menggunakan sistem ghanimah dalam pembahagian komisyen yang ditukar sebagai BONUS? komisyen dihapuskan dan ditukar kepada bonus. mohon pencerahan dengan segera.
BalasPadamwaalaikum salam. Ghanimah ni ertinya sesuatu yang diperoleh melalui usaha sesuatu, dalam syarak ia bermakna harta rampasan perang.
PadamMengenai pertanyaan bolehkan sistem komisyen ditukar kepada bonus. Secara asasnya boleh, kerana bonus merupakan hadiah yang diberi, diberi kerana mungkin syarikat merasakan sesorang itu memberi sumbangan yg besar. Tetapi perlu dipastikan akad bonus ini jelas,dan tidak ada agenda tersembunyi.
Wallahualam
Saya ada kemusykilan berkenaan sebuah syarikat marketing ini dimana dengan hanya mendaftar menjadi ahli dengan bayaran yuran keahlian RM1500 kita akan dapat produk kesihatan dan kegunaan harian untuk jangka masa setahun. Setiap bulan kita akan diberi produk dan mulai bulan ke 3 hingga ke 12 kita akan diberi produk dan bonus yang mana jika dihitung keseluruhannya produk dan bonus yang kita dapat bernilai RM14,000 setahun tanpa kita perlu jual produk. Hanya melabur dengan RM1500, kita akan mendapat keuntungan sehingga RM12,500 setahun tanpa menjual atau mencari ahli baru, kerana ahli baru hanya akan di cari oleh Headline kita sahaja. Kita hanya duduk dibawah headline tanpa berbuat apa-apa dan headline akan mendapat bonus RM500 dari setiap ahli baru yang dicarinya iaitu dari RM1500 yuran keahlian ahli baru.
BalasPadamApakah hukumnya dari marketing seperti ini.
Melalui kefahaman saya seperti penerangan di atas. Saya lihat ia seperti menggunakan konsep MUDHARABAH iaitu perlaburan. Sama seperti jika kita melabur dalam ASB, saham, atau mana2 perlaburan lain. Kita beri wang, dan mereka yang akan usahakan. Namun syaratnya, akad mudharabah ini perlu jelas, berapa jumlah yang kita akan dapat, apa bonus2 yang akan diberi. Bagaimana jika company rugi dan sebagainya.
PadamWallahualam
assalammualikum. sy nak tny, bagaimana ye commission yang diberi atas dasar jualan produk dan juga kemasukkan ahli baru secara serentak. maksudnya apabila ada ahli baru join then dy akan dapat produk sekali. tapi apa yng perlu kami buat ialah memperkenalkan business kepada orang dan akan diselikan sedikit tentang produk dan produk tersebut memang bermanfaat kepada penguna.
BalasPadamWaalaikumussalam.
PadamPertama sekali saya perlu jelaskan, hukum membeli sesuatu yang tiada manfaatnya adalah haram, kerana ia merupakan pembaziran. Seperti seseorang membeli 10 naskah surat khabar sekaligus dengan niat untuk masuk peraduan,perbuatan ini adalah haram.
Untuk menjawab soalan, perkara yang sering saya sebut, kebanyakan syarikat MLM sering membuat helah dalam operasi mereka. Kebanyakannya membuat produk hanyalah sebagai cara untuk menghalalkan sesuatu yang haram, sedangkan mereka hanya fokus pada rangkaian ahli sahaja. Ada syarikat yang membuat promosi sebegini " kamu tak perlu nak fikir jual barang-barang ni, hanya cari rakan untuk jd downline je". Malah ada ahli yang sudah menjadi ahli hampir 10 tahun, tetapi mereka tidak pernah guna produk itu, dan ada yang tidak tahu apa pun berkaitan produk tersebut. Jika berlaku perkara seperti ini, maka ia haram, kerana orang yang menjadi ahli, walaupun dia bayar tu untuk beli produk, tetapi tujuan sebenar adalah untuk rangkaian downline.
Seperti yang tuan/puan katakan "akan DISELITKAN sedikit tentang produk". Walaupun ia ada manfaat, tetapi tujuan utama bukan nk jual produk, tujuannya adalah supaya mereka laburkan wang yang konon-konon untuk beli produk, tetapi hakikaktnya untuk rangkaian downline. Saya ingin tanya kembali, bagaimana jika ada seorang ahli baru, yang dia hanya berminat nak jual barang tersebut, dia tidak berminat untuk mencari downline?
Pada pandangan saya, komisyen melalui cara ini merupakan suatu yanng syubhah dan diragui, kerana ia dimulakan dengan perkara yang haram.
Wallahualam.
Ingin bertanya mengenai satu pelaburan berkonsep pajakan yg mana peserta dikehendaki membeli syer pajakan setahun pd harga usd1000 bersamaan rm3500 utk 1 lot. Sblm akad, peserta tlh diberitahu secara tidak langsung bhw rm500 dr wangnya akan ditolak sbg byrn pengurusan, tidak dkembalikan dan tak dikira dlm byrn dividen. Dividen akan dibyr setiap bulan, atas baki rm3000 berdasarkan keuntungan sykt, dan dibayar bersama2 modal selama setahun. Bg setiap transaksi pemindahan dividen kedlm akaun peserta pula caj usd5 dikenakan sbg fee bank .
BalasPadamSoalannya, jika peserta memahami dan bersetuju dgn syarat2 tersebut. Apakah hukum pelaburan ini.
Waalaikumussalam. Maaf, berkaitan pelaburan saya kurang arif. Cumanya perkara asas dalam sistem perlaburan ini adalah,kontraknya perlu jelas, dan kedua-dua pihak perlu mendapat keuntungan atau kerugian yang sama. Bermakna tidak boleh ada pihak yang melebihi pihak yang lain. Supaya tidak menjadi sesuatu yang sesat, maka saya tidak tahu secara terperinci berkaitan soalan ini,tuan/puan blh cuba bertanya kepada yang lebih mahir.
PadamWallahualam.
Assalamualaikum .. sy ingin bertanya .. ade sebuah syarikat MLM ni ... akan ade seorang ahli MLM tersebut akan mengajak kite lepak dgn tujuan untuk menyuruh kite menyertai MLM tersebut dan dia akan menceritakan ttg MLM tersebut..yuran untuk menyertai sebanyak rm350 dan jika kita tidak mampu kita boley bayar hanya rm50 .. tujuan utama adalah untuk menarik org untuk menyertainya .. dan produk yg diberi hanyalah sampingan .. apakah pandangan ustaz..
BalasPadamWaalaikumussalam. Jelas ia syubhah, dan haram membeli produk jika bukan niat kita utk menggunakannya. Wallahualam.
Padam-Maaf atas kelewatan membalasnya.
Salam, Saya masih samar samar tentang hukum MLM,bagaimana hukum jika sistem unilevel mempunyai level hingga ke 6, setiap belian dari setiap aras sykt akan beri komisen kpd rangkaiannya, komisen dibayar kepada upline manakala yg membeli di beri mata belian utk di tebus sbg hadiah, soalanya adakah cara komisen spt unilevel di benarkan kerana ada yg sekali ahli bwh mendaftar dan downline ituitu berkembang dgn usahanya ataupun dgn usaha downlinenya..adakah ada unsur syubhah.
BalasPadamSoalan kedua, adakah sistem pairing boleh diamalkan dlm pemberian bonus,contoh ahli kiri dan ahli kanan ada yg bertambah dlm sistem, maka sykt beri bonus kemajuan.
Waalaikumussalam.
Padam1) Komisyen utk upline adalah harus, dengan syarat pertama belian itu adalah halal, komisyen dari belian yg haram seperti ada unsur paksaan, atau belian produk yang tidak dimanfaatkan, maka komisyennya haram. syarat kedua, upline tersebut mesti ada usaha atau sumbangan terhadap belian tersebut, jika upline tidak lakukan apa2, dan terus dapat komisyen maka ia haram. Namun harus diingat, komisyen kepada upline melalui sistem unilevel ini, semakin banyak level, semakin besar resiko komisyennya menjadi haram atau syubhah.
2) Jika bonus ia tidak ada masalah,kerana bonus ini sebagai hadiah dari pihak syarikat. Namun masih perlu diteliti sistemnya agar tidak termasuk dalam syubhah.
1. Kalau mlm atau networking itu lebih byk mempromosi keuntungan yg bakal diraih contoh bonus, hadiah, free trip, kereta dll mcm mana pula....
BalasPadam2. kalau org yg jual tu tak guna pun apa yang dia jual tp sbb boleh dpt untung dia jual dan promosi hbis hbisan mcm mana pula?
3.Kalu dgn cara cari org bawahan dia lg cepat naik pangkat utk kejar bonus besar drpd susah payah berjual macam mana pula ya...
1) Promosi keuntungan dan sebagainya terpulang pada mereka. tidak ada masalah.
Padam2) Juga tidak ada masalah, selagi mana ia tidak menipu pelanggan.
3) Bergantung cara mcm mana dia cari. bergantung pada bagaimana sistem networking tersebut. Kebiasannya cara sebegitu amat mudah untuk jadi haram.
Wallahualam.
Assalamualaikum.. sy ada join satu syarikat MLM ni. Masa sponsoring atau kata nama lain, sewaktu mereka nk bercerita tentang business mereka, mereka mmg explain details mcm mana nk dpt keuntungan menjual produk hanya melalui online atau fb.. Kalau tgk business plan mereka ,, mmg tiada keraguan sbb possible boleh dpt untung mcm tu dgn kebanyakan org yg menggunakan fb skrg. Then, mereka akan cadangkan kita masuk dgn sekian-sekian amount untuk dapat lebih banyak rebate.. lagi banyak kita start modal, lagi banyak akan dpt rebate. Tiada unsur-unsur kene cari dowline masa sponsoring.. dan tiada paksaan untuk join..
PadamTetapi, setelah mula business dgn modal yg agak besar, di mana modal tu mmg khas untuk membeli produk yg bermanfaat, kami di ajar mcm mana cara nk carik downline.. tapi mereka tak memaksa.. siapa nk keuntungan dgn menjual produk silakan, kami dia sarankan untuk mementingkan kedua-duanya. penjualan produk dan mencari rakan kongsi..cuma tiada paksaan kepada yg hanya mahu jual produk..
Boleh saya tahu, apakah hukum membuat business sebegini? sy dlm dilemma tak tahu betul ke apa yg saya buat sekarang..
Waalaikumussalam. Secara asasnya dilihat seperti tidak ada masalah. namun perlu diteliti beberapa perkara berikut:
Padam1) Pastikan tiada unsur untung atas angin jika downline mencari downline2 lg.
2) Modal yg dikeluarkan itu, mmg berniat utk beli produk itu,atau niat utk join downline?
3) seperti saya sebut, jika perniagaan berasaskan produk, besar kemungkinan ia tidak ada masalah,jika ia berasaskan mencari orang, maka sangat mudah utk jatuh haram. Tuan boleh menilai yang mana satu sebenarnya matlamat syarikat.
Wallahualam
Assalamualaikum . bagaimana pula klau kerja kerani utk company ni ? tp kerja kita key in data je .
BalasPadamWaalaikumussalam. Jika bekerja di dalam company mlm yang patuh syariah tidak mengapa.
PadamTetapi masalah jika di dalam company yang tidak patuh syariah ini. Perkara ini merupakan suatu perkara yang syubhah. seolah seseorang yang berdiri di atas titi yang kecil. Nak dikata haram, seperti terlalu keras, nak di kata halal juga macam tidak. Kerana kita juga boleh dikira sebagai bersubahat dalam perkara yang haram.
Rumusannya seperti berikut: Tuan/puan tidak perlulah untuk terus berhenti kerja, kerana mungkin akan menyebabkan pendapat harian terjejas. Namun perlulah ada perasaan tidak suka di dalam kerja ini, dan berusaha untuk mencari kerja baru yang tidak ada syubhah. Jika jumpa kerja baru, yang gajinya juga boleh menampung kehidupan, maka lebih baiklah tukar ke tempat kerja yang baru.
Wallahualam
Assalamualaikum...sy telah menyertai biz yang memperkenalkan simpanan rm30 sekali shj byr selama 6 bln dengn mndapat rm19k..dalam biz ni jelas sykt menyatakan bukan menjual barang tetapi simpanan menjana pendapatan.maksudnye bayar rm30 duduk diam tunggu sehingga 6 bln baru dapat hasil.ternyata genap 6bln memg betul seperti yg dijanjikan..so klu ingin pula mempromosikn pakej ini diberi komisen setiap kepala rm10.
BalasPadamJelas dengan rm30 diberitahu rm10 komisen downline,rm8 kos server,rm6 kos level&rm6 kos sykt..jelas tiada yg meragukan ,dan dengn bayaran yg sedikit ini jelas ramai ahli yang masuk dgn niat utk membuat simpanan dalam tempoh tersebut..jadi adakah halal dengan penjelasan sykt tersebut semua ahli mendapat simpanan duit tu dengan cara yang halal
Waalaikumussalam.
PadamMelalui pemahaman saya terhadap penerangan yang diberikan, tidak ada masalah. Cuma perlu diingat beberapa perkara, biz yang disertai ini dilihat seperti menggunakan konsep Al-Qiradh atau pelaburan. RM30 disimpan kemudian syarikat menggunankan duit itu untuk tujuan pelaburan dan di beri keuntungan selepas 6 bulan.
Jika ia menggunakan konsep pelaburan ini, tidak ada masalah, cuma perlu di perhatikan perkara berikut:
1) perlu ada kontrak yang jelas mengenai perkongsian untung rugi. di dalam pelaburan tidak boleh meletakkan resiko kerugian pada sebelah pihak. kedua-dua pihak kena sama-sama menanggung untung rugi.
2) kontrak keseluruhan juga perlu jelas, seperti berapa keuntungan yang dibayar, tempoh masa dan lain-lain.
3) dimanakah wang itu dilaburkan?
Jika ia bukan pelaburan, maka saya perlukan detail bagaimana syarikat boleh memberi keuntungan pada orang yang menyimpan.
wallahualam
Assalamualaikum..
BalasPadamSaya telah menjadi ahli salah sebuah syarikat MLM di malaysia dengan yuran keahlian yg munasabah. Syarikat ini juga mengeluarkan produk2 yg sgt berkualiti dengan hrga yg berpatutan. Dengan menjadi ahli, saya mendapat manfaat pembelian produk pada harga ahli. Saya juga menggunakan semua produk yg telah dibeli dengan kepuasan maksimum tanpa rasa sedikit kerugian kerana produk tersebut memang terbukti bagus dan halal. Apa yg membimbangkan saya adalah pelan pemasaran syarikat tersebut sama ada ada unsur syubhah atau tidak.
Untuk mendapat bonus dan pangkat tertentu, seorang ahli perlu berusaha dan rajin membuat jualan produk dengan cara berkongsi kebaikan produk dengan orang lain dengan harapan orang tersebut berminat dengan produk dan bersetuju utk menjadi ahli (downline) utk mendapat harga ahli dan menjana peluang pendapatan melalui bonus dan sebagainya.
Bonus jualan dan segala manfaat ahli telah dinyatakan dengan jelas di dalam polisi syarikat.
Setiap ahli perlu berusaha dan rajin utuk mencapai bonus jualan yg dikehendaki oleh dirinya (individual terget sale). Setiap level bonus dan pengiktirafan pangkat yang layak adalah mengikut syarat2 yang telah diterangkan dengan jelas. Kegagalan ahli memenuhi syarat yang telah ditetapkan ( contoh: 6 bulan jualan sbyk ....% berturut2) menyebabkan dia tidak layak menerima manfaat yg berkaitan.
Persoalan: Adakah terdapat unsur syubhah di dalam pelan pemasran bisnes MLM ini?
Waalaikumussalam. Secara asasnya melalui penerangan yang diberikan tidak ada masalah dan bonus tersebut merupakan pendapatan yang halal. Namun hanya satu yang perlu diberi perhatian, tahap downline. Jika kita hanya menerima bonus dari downline yang kita memang ada usaha dalam mengajaknya, maka ia halal, tapi jika tahap downline itu sehingga 4 atau 5 tahap ke bawah, yang mana kita langsung tidak mengenalinya, maka ia syubhah yang boleh membawa kepada haram.
PadamWallahualam.
T.kasih di ats respons tuan.Mengikut tulisan tuan, apa yang saya faham adalah MLM yang sedang saya join ini tiada unsur syubhah kecuali jika saya dapat pastikan semua downline saya kenali dan membantu mereka menjalankan pemasaran sebaik mungkin. Dari segi pemberian bonus dan anugerah tiada masalah kerana semua telah dinyatakan dengan jelas dalam buku panduan sistem pemasaran syarikat Jadi tiada masalah untuk saya teruskan biz ini walaupun syarikat belum diiktiraf /tidak mempunyai sijil MLM patuh syariah?
PadamBetul. Tiada Sijil patuh syariah tidak bermakna haram, malah kebanyakan MLM yang ada sijil patuh syariah pun, masih ada unsur syubhah. Ini disebabkan, sistem mlm itu kebanyakan tidak menyalahi syarak, namun perlaksanaan individu yang menyebabkan ianya syubhah.
PadamSemoga Allah mudahkan urusan.
As slm.
BalasPadamSy dh join MLM STG ni, apa yg sy fhm, bisnes nk join kena dftr ahli, tp murah jer. Rm50,lepas tu nk dpt bonus hasil jualan brg kita dh jd ahli ekot kita nk aktif atau pun tidak,
Kita promote brg yg kita jual, klu kita dh jual brg yg kita beli dr syarikat, kita dpt bonus dr syarikat,
Lepas tu kalau ada ahli nk dftr bwh kita, klu ahli tu aktif jual brg dia, sy akn dpt 9% bonus dr separuh hasil belian brg ahli tersebut,
Bonus tu berdasarkn belian kita utk produk tertentu, produk yg kita nk beli, tiada paksaan, blh pilih sndiri nak brg apa,
Kalau nk naik pangkat mengikut belian, kita akn dpt peratus bonus berdasarkn belian kita, brg kita beli kita jual pada pelanggan dgn hrga jualan, cth klu hrga ahli rm21, kita jual hrga rm24, ada untung jualan jugak,
Kalau xda usaha ahli nk beli barang syarikat,xdpt lah bonus Dan kalau xda usaha nk jual, xdpt lah untung runcit.
Brg tersebut memberi manfaat kpd ahli sbb ahli Guna brg utk keperluan sndiri juga, supaya mudah nk bagitau pd customer ttg kesan produk.
Blh minta pndgn mengenai MLM Smart Tycoon Group yg jual barang sahajidah hi-o marketing.
Trima kasih
3) Penyertaan tanpa barangan
BalasPadamKomisen yang diperoleh dengan cara kemasukan ahli bawahan yang baru, bukan melalui jualan barangan dan jika semakin ramai ahli baru yang menyertai, semakin tinggi komisen yang diperolehi. Cara ini boleh dikategorikan sebagai riba nasiah, dan riba al-fadhl. Hal yang sama juga sekiranya barang jualan ada, akan tetapi ianya tidak berkualiti, ataupun pembelinya tidak mempunya kegunaan ke atasnya, dibeli hanya kerana untuk cukupkan syarat, dan hanya bertujuan untuk masuk dalam rangkaian perniagaan, serta mendapatkan komisen dari rangkaian tersebut. Ia juga merupakan helah bagi menghalalkan perniagaan mereka.
boleh terangkan tak? saya kurang faham.
cth: kalau si B merupakan agent kepada syarikat jualan online A, dan sudah ditetapakan komisyen 15% untuk setiap jualan, tiba-tiba datang si C berminat untuk menjadi agent kepada agent B, jadi untuknya komisyen 10% untuk setiap jualan. Bolehkah begitu? Tetapi barang jualan semua ada pada syarikat A, semua urusan postage barangan diuruskan oleh pihak tersebut. Maksudnya B jadi agen dropship kepada A, C jadi agen dropship kepada B. macam mana hukum di sini?
Assalamualaikum...
BalasPadamApa hukum berkenaan BITCOIN?
1. Buy Keep & Sell?
&
2. Dibuat secara MLM @ NETWORKING?
Salam, apkah pndapatn tuan tntang satu business yg mngenakan prmulaan Byran untuk mnjadi pmilik prniagaan yg mmbolehkan Kita sbgai ahli mnjual barang dngn hrga ahli dn mndapt keuntungn jualan di atasnya...slain itu ,Kita juga boleh menaja individu lain utk mnyertai perniagaan dan mnjdi downline Kita...Dan Kita dan downline sama2 mmastikan keuntungn jualan produk..ok, seandainya orang yg ditaja mmbeli brang Akan mndpat Mata gnjrn atas blian tramsuk untung runcit tadinya, dan mata ganjaran downline mnjdi milik Kita juga..Dan smua downline Kita, kita mendapat smua total mata gnjran mereka tnpa dkurangkn sdkit pun mata gnjran mereka masing2.. mksudnya, semakin bnyk jumlah jualan barangan downline smakin bnyk mata gnjran terkumpul bg upline tnpa mnjejaskn mata gnjran downline..Dan mata gnjran terkumpul bulanan ini lh akan dtentukan bonus seseorang pd bulan tersebut.dan mata gnjran ini akan direset pd stiap Bulan..Jadi, scra kesimpulan semua ahli yg mndftar sma ada upline atau downline Akan mendapat untung runcit, dan mata gnjran bg stiap jualan barangan..cuma bezanya ialah upline akan dpat total mata gnjran downlinennya tnpa mnjejaskn mata gnjran downlinennya..Dan mata gnjran terkumpul bg stiap Bulan akn dberikn bonus brdsarkan had mata gnjran trsebut dan terdpat had minimum mata gnjran utk memperoleh bonus..seandainya X dcapai min Mata gnjran X dpat bonus bg bulan trsebut just dpat untung runcit..Dan masuk Bulan baru Mata gnjran dreset mnjdi kosong smula.syrikat jga trcatat dlm syarikat patuh syariah ...mhon pncerhan..huhuhu
BalasPadamSoalan muamalat perniagaan...
BalasPadamAssalamaualaikum.
Hakikatnya ramai yang berusaha untuk melibatkan diri dalam apa-apa perniagaan dalam mencari pendapatan tambahan dan ramai pula yang dalam sedar atau tidak...yang pastinya tanpa ilmu dan ditambah pula tidak mencari ilmu telah menjebak kita kepada pendapatan syubhah dan haram.
Andaikan kita ada produk yang berkualiti dan bermanfaat, apakah muamalat perniagaan yang boleh disyorkan oleh pakar muamalat kita supaya dengannya dapat kita hadirkan kepada umum muamalat islam melalui kaedah praktikal?
Maksud saya umum sentiasa dihujani dengan pelbagai pelan perniagaan dengan pelbagai kaedah yang rata-ratanya mengelirukan dan melanggar syariah islam.
Mungkin sudah tiba masanya untuk kita menggunakan kaedah ala 'reverse engineering' bagi menangani situasi perniagaan yang semakin hari semakin dilambakkan dengan kaedah mungkar dan melanggar syariah ini.
Moga sedikit cetusan ini dapat memahamkan kita dalam mengamalkan apa yang telah disyariatkan dalam islam.
Wassalam.
Sebaik-baiknya kita cuba jauhkan diri dari bisnes yang ada unsur MLM.
BalasPadamSalam,
BalasPadamSaya nak tanya sikit ni pasal company yang utamakan produk/servis tapi menyediakan sistem networking pada masa yang sama. Penyertaannya percuma dan tiada sasaran jualan maknanya 1 bulan atau lebih tak dapat sales pun takpe.
1)Produk/servis yang dijual atau disediakan ialah internet broadband seperti unifi, celcom dan seumpamanya. Kalau saya cuma nak promote sampai dapat banyak komisen tak jadi masalah walaupun company ini berasaskan MLM?
2)Seandainya saya dapat orang jadi agen bawah saya, company bagi saya sedikit komisen sekiranya agen bawah saya dapat sale. Company bagi komisen smpai 3 level seandainya semua 3 level tu dapat buat sale. Tarik orang masuk bawah tak dapat komisen tapi kalau orang masuk bawah dapat buat sale baru orang atas dapat komisen. Adakah haram?
Mohon penjelasan, mungkin nampak soalan ni senang tapi saya yang jahil ni keliru.
Mungkin boleh tengok sendiri di sini.
cuba tukar tulisan dgn warna dia. Ya Allah sakit mata
BalasPadamCuckoo dan coway mlm ke
BalasPadamSalam.. Nak tanya bagaimana pula dngn bisnes topup mlm?.. Setiap kali downline kita topup kita dapat komisen. .. Adakah ia jadi pendapatan yang haram?
BalasPadamAssalamualaikum, saya nak tanya. Bagaimana dengan bonus yg diperolehi oleh upline apabila downlinenya buat sale. Contohnya downline buat sale rm20k, uplinenya akan dapat rm600 sebagai bonus yg dipanggil bonus perkembangan group.Adakah bonus rm600 yg diperolehi itu adalah riba?Terima kasih.
BalasPadamBoleh komen pasal Apss FINGO?
BalasPadamAssalamualaikum.
BalasPadamBoleh komen pasal LG Business Partnership. Ianya menarik kerana tak perlu bayar apa². Hanya mendaftar dgn LG yg mereka akn declare kita sbg pekerja. Ad srt tawaran.Ad potongan KWSP & Socso.
Tetapi saya rasa konsepnya utk jana pendapatan menjurus ke arah MLM x patuh syariah.
Caranya : Mendaftar sbg pekerja. Kita yg mendaftar akn dapt 2 brg LG yang akn dipotong rm240 sebln selama 5 thun ( jdhak milik ), krg dr 5 tahun jika berhenti barang kena pulang balik. Satu lagi sekiranya tidak menjana pendapatan selama 5 bln berturut² barang kena hamtar balik.
Cara utk menjana pendapatan hanya dengan mengajak org lain jd pekerja LG ( rakan kongsi ) tiada had seramai manapunkita nk ajak join. Seorg dibyr rm720. Nilai yg sama sehingga 4 org. Sekiranya 5 org keatas amaun utk seorang meningkat ke rm1,400.Ini dlm jangka masa sebln. Itu shj kerjanya. Org lain yg join bwh kita melalui rakan bisnes kita tadi...kita tak dpt ap². Hanya dpt komisen bila kita sendiri ajk dn org join.
Misi LG utk target 1juta pekerja dan slps 1jutaadplan laina dibuat utk pastikan semuanya terus menjana pendapatan.
Dan sistem ini juga ad prosed naik pangkat mcm kerja pejabat biasa.
Harap dpt maklum balas utk kepastian patuh syariahkah begini...
Apa yang saya gusarkan sama dengan yang tuan gusarkan.
PadamTerima kasih atas soalan ini. Semoga dapat jawapan.
Assalamualaikum ustaz,saya nak tnya tentang 1 bisnes ni, ada 3 pangkat, kita kene berjaya rekrut orang baru,bila ada orang join kita akan dapat keuntungan tersebut,setengah keuntungan dikumpulkan tak boleh withdraw untuk beli pangkat kemudian kene keluarkan duit dalam amaun yang sikit untuk beli pangkat seterusnya,sehinggakan lagi pangkat paling atas kene sampai tahap meminjam kepada leader2 yang lain untuk beli pangkat tersebut,setengah lagi keuntungan bole wihtdraw dan dia gunakan network marketing untuk pelanggan cari kita dan tanya. So,dalam bisnes ni ada produk halal tapi dia tak macam menjual produk sebabnya bila ada orang baru yang join bisnes ni dia akan secara automatik membeli produk tersebut. Tapi cara network marketingnya adalah untuk buat duit sama2. Kemudian bila dah join kita pulak akan buat network marketing dengan pelbagai marketing seperti , jom buat duit sama2, tak payah menjual atau cari orang. Apa pandangan ustaz? X nampak lebih kurang macam menipu ke?
BalasPadamPangkat terendah bila dapat rekrut orang pertama akan dapat RM45 dalam danmasa sehari orang kedua akan dpt RM 12 keuntungan ni akan dibayar selama 25 hari, so akan dapat RM345
PadamSalam Dr... Saya ingin bertanya tentang satu sistem marketing yg hanya perlu masuk dgn modal RM20 shj. Ia dinamakan Lockdown20. Selepas masuk kita hanya perlu mencari 3 atau 4 nama lain di bawah kita dan seterusnya utk memenuhi rangkaian downline kita. Setiap ahli boleh iklankan barangan jualan di web tersebut. Setiap kemasukan ahli baru downline kita akan melayakkan kita dapat duit dan ada yg berpendapatan hingga ratus ribu ringgit. Adakah sistem ini yg membantu sesama ahli dianggap piramid atau dianggap riba? Adakah sistem ini haram di sisi Islam. Mohon pencerahan Dr. Terima kasih.
BalasPadamassalamualaikum dr, boleh tak jawab persoalan ini secepat mungkin? Kerana ramai kawan kawan saya yang telah menyertai marketing Lockdown20 ini. Saya risau kerana seingat yang ibubapa saya katakan, ianya haram kerana keuntungan hanya kepada sebelah pihak. Tolong jawab please ����
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamAssalammualaikum..boleh tuan komen tentang dropship usaha sendiri?
BalasPadamBingung Cari Situs Judi Online Terpercaya ?
BalasPadamSitus Betting Terpercaya Dan Terbesar di ASIA
PANDORAQQ
Menawarkan | Fasilitas | Keunggulan
Deposit & Withdraw Minimal Rp. 20.000,
Deposit & Withdrawal Super Cepat
BONUS ROLINGAN 0.5 % Tiap senin
BONUS REFERAL 20 % Seumur Hidup
Customer Service Sopan & Ramah Siap Membantu
Live Chat Responsif 24 jam
Real Fair Play 100%
Server Tercepat di Asia Tanpa Lelet
Jangan berpikir dua kali
Daftar sekarang juga dan nikmati fasilitas nya
DAFTAR SEKARANG : PANDORAQQ
Link Alternatif : www•pandoraqq•me
WA : +855966735893
Line : pandoraqq
Fanpage : @Pandorapkv
ASSSALAMUALAIKUM
BalasPadamnak tanya ringkasja.sistm binary dan pairing haram dlm MLM?
Assalamualaikum tuan, apakah hukum nya perniagaan binary sistem dimana ahli hanya perlu membeli sekali sahaja then komisyen pairing akan diberikan setiap kali menaja member baru dibawahnya nengikut nilai pembelian produk.
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamJelas dan nyata apa yang diterangkan. Tapi saya pelik mcm sekarang ni kononnya mall "A...y" yang paling atas adalah golongan ilmuan yang mempertahankan patuh syariah.. sedangkan jelas sistem ni mengamalkan sistem pyramid. keahlian mmg free tp dgn buat belian dlm rm80 baru boleh jd ahli.. dannnn konsep dorang kita beli sambil bersedekah..kononnya.. sedekah pd siapa? org atas yang hanya menunggu bawah dan bawah mencari ahli dan membeli.. komisyen atas bertambah dan bertambah.. sedih dengan segelintir ilmuan.. nk tlg org susah katanya.. sedarlah..bahawa itu adalah mlm jg..knp nk menafikan? so dispointed.. :(
penjelasa ustz ni pun dh jelas mall "A...Y" tak patuh syariah..
PadamTiada syarat jualan bagi komisen ahli bawahan
Syarikat tidak boleh meletakkan syarat jualan bagi memperolehi komisen dari orang bawahannya. Tetapi syarat jualan untuk kumpulan dibolehkan.
f) Ahli di atas perlu ada sumbangan
Perniagaan MLM pada kebiasaannya akan mengadakan sesi taklimat, atau perjumpaan dengan ahli kumpulan, ini perlu bagi memastikan komisen yang diperolehi oleh ahli diatas bukan hanya mengharapkan ahli bawahannya sahaja, malah dia juga berusaha untuk memastikan kejayaan ahli-ahlinya.
g) Tidak mengaplikasikan sistem piramid.
Pelan pemasaran sisten piramid adalah, ahli yang daftar terlebih dahulu akan mendapat keuntungan yang berganda, dan ahli yang kemudiannya tidak berpeluang menandingi pendapatan ahli yang mendaftar lebih awal.
h) Wujudkan musyarakah
Ahli dan orang dibawahnya, perlulah mengamalkan pelan pemasaran secara musyarakah, iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal perjanjian.
Salam boleh saya tahu apakah sudut pandangan dari advisor syariah tentang isu ini. sebuah syarikat MLM itu menghasilkan keuntungan besar di mana 10 peratus daripada keuntungan mereka telah diedarkan ke Gerakan Kristianisasi yang dikenali sebagai Yayasan Klasik?
BalasPadamAssalamualaikum nk tnya.
BalasPadamKalau macam bisnes shaklee mcm mna ya?
Kabar baik!!!
BalasPadamNama saya teddy dan saya dari Jawa Tengah Indonesia dan alamat saya KP. KADU RT 10 RW 04 KEL SUKAMULYA KEC CIKUPA KAB TANGERANG BANTEN, Saya baru saja menerima pinjaman Rp 3 Miliar (Small Business Admintration (SBA) dari Perusahaan Pinjaman Dangote setelah membaca artikel dari Lady Jane Alice (ladyjanealice@gmail.com) dan Mahammad Ismali (mahammadismali234@gmail.com) tentang cara mendapatkan
pinjaman dari Perusahaan Pinjaman Dangote dengan tingkat bunga 2% tanpa lisensi atau biaya gurantor, saya baru saja melamar melalui email dan ikhlas selama prosesnya, awalnya saya takut mengira itu seperti penipuan perusahaan peminjaman sebelumnya, tetapi yang mengejutkan saya ini nyata bahwa saya juga berjanji akan memberi tahu lebih banyak orang, percayalah itu nyata 100%, pelamar lain dari negara lain juga dapat bersaksi.
Email Perusahaan Pinjaman Dangote Melalui email: Dangotegrouploandepartment@gmail.com
Email saya: teddydouble334@yahoo.com
Berapa Company MLM byar page ni?
BalasPadamHai semua,
BalasPadamSaya akan memberitahu anda rahsia menjadi kaya dalam pelaburan bitcoin “orang yang bijak sepatutnya mempunyai wang di dalam kepala mereka, tetapi tidak di dalam hati.. Setiap hari adalah hari keputusan baru. Pilihan anda untuk menjadi kaya atau miskin & terus bergelut, mula membuat dana yang lebih besar dalam masa 72 jam dengan peniaga yang sah & pro seperti saya, Pelan pelaburan dibuka sekarang dengan pelaburan minimum $200 anda boleh memperoleh $2000 dalam 72 jam.
Labur $200 mendapat $2,000
Labur $500 mendapat $5,000
Labur $700 mendapat $7,000
Labur $1,000 mendapat $10,000
Labur $2,000 mendapat $20,000
Labur $5,000 mendapat $50,000
Labur $7,000 mendapat $70,000
Jangan lepaskan peluang yang jelas ini untuk mencapai kebebasan kewangan anda, mereka yang belum bersedia untuk melabur sekarang belum bersedia untuk bersara awal, jangan bergantung pada satu sumber pendapatan, biar kami berdagang untuk anda hari ini dan mula membuat keuntungan untuk anda. Sila hubungi kami Melalui WhatsApp: +1(252)285-2093 E-mel : andersoncarlassettrade@gmail.com