Skim Piramid

بسم الله الرحمن الرحيم

PENGENALAN

Skim piramid ialah model perniagaan yang tidak dapat dikekalkan yang membabitkan pertukaran wang terutamanya bagi mendaftar peserta baru ke dalam skim ini, biasanya tanpa barangan atau perkhidmatan disertakan.

Skim piramid adalah haram di kebanyakan negara, termasuk MalaysiaAmerika Syarikat, United KingdomAustralia dan New Zealand. Skim sebegini telah wujud selama sekurang-kurangnya satu dekad.

Jelas sekali kelemahannya adalah tidak terdapat keuntungan akhir, wang itu bergerak ke rantaian atas. Sudah pasti, orang yang dalam keadaan paling teruk adalah mereka yang berada di dasar piramid, mereka yang menyertai skim tersebut tetapi tidak mampu mendapatkan sebarang pengikut di bawah mereka sendiri. Untuk mengaburkan tindakan ini, kebanyakan skim mempunyai rujukan, maklumat dan persaksian palsu.

Pada tahun 2003, satu skim piramid berasaskan internet telah dibongkar oleh United States of America Federal Trade Comission (FTC), di mana pelanggan membayar yuran pendaftaran bagi menyertai program dan membeli pakej yang termasuk gudang internet (Internet mall) dan khidmat dan barangan berkait. Aduan FTC menyatakan bahawa syarikat menjamin pengguna yang membeli pakej tersebut bahawa pakej tersebut akan membenarkan mereka mendapat komisen bagi setiap WebSuite yang dijual.

Ciri-ciri penentuan skim sebegini adalah seperti barangan yang dijual tidak bernilai atau bernilai rendah secara sendirinya atau dijual pada harga jauh lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran semasa. Sebagai contoh, menjual ubat-ubatan, dimana sistem ini sekadar menjelaskan kepada pembeli cara mendapatkan peserta baru dan cara bagi menarik minat orang ramai ke dalam skim ini.

Diantara ciri-ciri skim piramid yang utama ialah:
  1. Kejayaan penjualan syarikat yang keterlaluan.
  1. Janji yang kabur mengenai potensi pendapatan yang tiada had.
  1. Tiada keluaran, atau keluaran dijual pada harga yang melampau dari harga sebenar di pasaran. Sebagaimana syarikat induk, barangan digambarkan secara kabur.
  2. Aliran pendapatan yang bergantung kepada komisen yang didapati melalui pendaftaran ahli baru atau melalui pembelian barangan untuk kegunaan ahli dan bukannya bagi penjualan kepada pelanggan yang bukan pelanggan kepada skim tersebut.
  3. Kecenderungan untuk hanya pelabur awal atau peserta yang benar-benar mendapat keuntungan.
  4. Cubaan untuk menyakinkan ahli baru bahawa tidak salah menyertai skim tersebut.

Lebih 90% dari peserta yang terbabit dalam skim piramid tidak pernah mendapat balik pelaburan awal mereka[3]. Mereka yang di dasar piramid, akan sentiasa kehilangan wang mereka. Jika setiap tingkat perlu mendapatkan enam di bawah mereka, nisbah rugi kepada untung adalah hampir 5 kepada 1 - 84% dari kesemua pelabur akan kehilangan pelaburan mereka. Secara realiti Piramid ini tidak akan seimbang dengan sempurna dan sesetengah peserta mungkin mampu mendapatkan sebahagian jumlah peserta mereka, tetapi prinsip yang sama masih diguna-pakai.

Skim ini tidak menerangkan yang ianya adalah sebenarnya skim piramid sebaliknya ia menamakan skim ini sebagai skim jariah atau sumbangan amal.Apa pun nama yang digunakan sebenarnya skim ini ada 15 ahli dalam 4 tingkat ( 1 + 2 + 4 + 8 = 15). Contohnya dalam satu skim individu paling atas (1) adalah ketua/pengerusi, dan dua orang di bawah adalah naib pengerusi/ketua. 4 (empat) orang dibawah adalah ahli kanan dan lapan orang di bawah adalah ahli biasa.

Lapan (8) orang ahli biasa harus membayar atau menyumbang sejumlah wang, contohnya RM1000 untuk menyertai skim ini. Sejumlah RM800 diambil oleh Pengerusi/Ketua yang kemudian keluar dari rangkaian ini, manakala ahli lain naik keatas rangkaian ini. Kini terdapat dua ketua dan kumpulan itu terbahagi kepada dua. Setiap satu kumpulan perlu mencari lapan ahli baru untuk ketua-ketua mendapat keuntungan. Seseorang hanya dapat imbuhan sekiranya dia telah menjadi ketua bagi skim. Ini bermakna dia perlu sekurang-kurangnya 14 ahli sebelum dia mendapat habuan. Apa yang pasti, sesiapa yang berada di tiga (3) tingkat dibawah akan pasti kehilangan wang mereka apabila syarikat tersebut ditutup. Ini merupakan contoh gambaran asas bagi setiap skim piramid yang beroperasi.

Skim Piramid dalam hukum syarak

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan hukum Skim Cepat Kaya dan seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum terlibat dengan Skim Cepat Kaya dan seumpamanya adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan tadlis dan umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini.
Skim piramid tergolong dalam skim cepat kaya, dan hukumnya juga boleh diguna pakai dalam hukum Skim Cepat Kaya.



1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya mengenai satu skim yang menggunakan nama affiliate, dalam skim ini ad satu program recruitement di mana, dia ad servis, akan tetapi mereka lebih fokuskan recruitement, kerana alasan mereka melalui fasa2 tertentu dan mereka fokuskan ramaikan ahli,it means, semakin ramai ahli semakin besar orang guna servis. namun ap yg saya musykil ialah mereka fokuskan cari ahli, berserta pakej. harga nak jd ahli ad 500,1500,3000 dan 10k. yang mana setiap harga itu, berbeza tawaran sbg cth, 500 tu bleh share servis sramai 1000 org dan komisen sbyk 5% shja. tp ahli hanya fokus kpd cari ahli, bilamana di bawah ahli tersebut join daftar dgn pakej 10k, ahli atas akan ambil 30% drpd duit pdftaran. tp mereka ad shariah compliance dari sirim from Dr Mahmood Zuhdi. dan mereka kata komisen halal.adakah itu halal ustaz?

    maaf kerana terlalu pjg,smoga ustaz dalam lindungan Allah swt

    BalasPadam