بسم الله الرحمن الرحيم
Imam Shafie lahir di Gaza ,
Palestin pada tahun 150H/767M di atas nama Muhammad bin Idris ash-Shafie.
Beliau mempunyai pertalian darah Quraish dan hidup tanpa sempat melihat
ayahnya. Pada umur 10 tahun, ibunya membawanya ke Mekah untuk ibadah haji dan
selepas itu beliau tetap berada di sana
menuntut ilmu. Di Mekah ash-Syafie memulakan perguruannya kepada Muslim bin
Khalid al-Zanji, mufti kota
Mekah di ketika itu dan juga kepada Sufyan bin Uyayna.
Kitab ilmu yang paling terkemuka ketika itu ialah Al-Muattha’
karangan Imam Malik, dan ash-Syafie dalam usia mudanya 15 tahun telah menghafal
keseluruhan kitab tersebut. Ash-Syafie kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk
berguru pula dengan penulis kitab itu sendiri, Imam Malik bin Anas. Ketika itu
ash-Syafie berusia 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Imam Malik
sehinggalah kematiannya pada tahun 179H/796M. Ketokohan ash-Syafie sebagai
murid terpintar Imam Malik mulai diiktiraf ramai. Ash-Syafie mengambil alih
sebentar kedudukan pejabat oleh Gabenor Yaman. Jawatan ash-Syafie tidaklah lama
di Yaman, apabila beliau dituduh dan difitnah sebagai pengikut dan pendokong
ajaran Syiah. Disamping itu berbagai konspirasi lain di jatuhkan ke atasnya,
sehinggalah beliau dirantai dan dihantar ke penjara Bagdad, pusat pemerintahan
Dinasti Abbasid ketika itu.
Ash-Shafie dibawa menghadap ke Khalifah Harun al-Rasyid dan
berjaya membuktikan kebenaran dirinya. Kehandalan serta kecekapan asy-Syafie
membela dirinya dengan berbagai hujjah-hujjah agama menyebabkan Khalifah Harun
sendiri tertarik kepadanya. Asy-Syafie dibebaskan dan dibiarkan bermastautin di
Baghdad . Di
sini Ash-Syafie telah berkenalan dengan tokoh-tokoh Imam Abu Hanifah dan duduk
berguru dengan mereka, terutamanya dengan Imam Muhammad al-Hasan asy-Syaibani.
Suasana ini memberikan kelebihan yang utama bagi ash-Syafie, iaitu beliau
berkesempatan untuk belajar dan membandingkan antara dua ajaran fiqh Islam,
iaitu ajaran Imam Malik bin Anas dan ajaran Imam Abu Hanifah.
Pada tahun 188H/804M, ash-Syafie kembali berhijrah ke Mesir.
Sebelum itu beliau singgah sebentar di Mekah dan di sana beliau di beri penghormatan sebagai
tokoh besar dan dipelawa untuk memberi ceramah dan kuliah. Ash-Syafie kini mula
diiktiraf sebagai seorang Imam, dan beliau banyak meluahkan usaha untuk cuba
menutup lurah-lurah perbezaan antara Imam Malik dan Imam Abu-Hanifah. Usahanya
ini tidak disambut baik oleh penduduk Mekah kerana kebiasaan mereka kepada ajaran
asal Imam Malik.
Pada tahun 194H/810M, Imam Syafie kembali semula ke Baghdad dan beliau di
pelawa untuk memegang jawatan qadi bagi Dinasti Abbasid. Beliau menolak dan
hanya singgah selama 4 tahun di Baghdad .
Imam Syafie kembali ke Mesir dan memusatkan ajarannya di sana . Daud bin Ali pernah di tanya akan
kelebihan Imam Syafie berbanding tokoh-tokoh lain di ketika itu, maka beliau
menjawab: ash-Syafie mempunyai beberapa keutamaan, berkumpul padanya apa yang
tidak terkumpul pada orang lain. Dia seorang bangsawan, dia mempunyai agama dan
I’tiqad yang benar, seorang yang sangat murah hati , mengetahui hadith sahih
dan hadith dhaif, nasikh, mansukh, menghafal al-Quran dan hadith, perjalanan
hidup para Khulafa’ Rashidun dan amat pandai mengarang.
Dalam usahanya untuk cuba menutup lurah-lurah perbezaan
antara Imam Malik dan Imam Abu Hanifah, beliau menghadapi berbagai tentangan
dari pengikut-pengikut Imam Malik yang taasub kepada guru mereka. Di suatu
malam, dalam perjalanan balik ke rumah dari kulaih Maghribnya di Mesir, Imam
Syafie telah dipukul oleh pengikut-pengikut Imam Malik yang fanatik sehingga
menyebabkan beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia. Di ketika itu,
Imam Syafie juga sendang menghadapi penyakit buasir yang agak serius.
Pada usia 54 tahun, Imam Syafie meninggal dunia
pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir, meninggalkan kepada dunia Islam sebuah
kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh iaitu kitab al-Risalah. Kitab
ini adalah yang terulung dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan dan
mengistimbatkan hukum dari satu dalil yang ada. Selain itu Imam Syafie juga
meninggalkan kitab fiqhnya yang masyhur, al-Umm. Ajaran Imam Syafie diteruskan
oleh beberapa anak muridnya yang utama seperti Imam Abu Yakub al-Ruwati (231H/
846M), Imam Rabi bin Sulaiman al-Marali (270H/884M), Imam Abu Ibrahim bin Yahya
al-Muzani (274H/888M) dan terutama ialah Imam Ahmad bin Hambal (241H/856M).
Imam Syafie telah mengeluarkan banyak fatwa-fatwa, namun terdapat satu fatwa agung Imam Syafie yang menandingi semua fatwa-fatwanya, iaitu:
Wallahualam
Imam Syafie telah mengeluarkan banyak fatwa-fatwa, namun terdapat satu fatwa agung Imam Syafie yang menandingi semua fatwa-fatwanya, iaitu:
" Jika kamu mendapati hadis yang sahih dari Rasulullah yang bercanggah dengan fatwa ku, maka kamu campakkanlah pendapatku ke dinding, dan terimalah hadis itu, sesungguhnya itulah mazhab ku"
Wallahualam
Imam Syafie telah mengeluarkan banyak fatwa-fatwa, namun terdapat satu fatwa agung Imam Syafie yang menandingi semua fatwa-fatwanya, iaitu:
BalasPadam" Jika kamu mendapati hadis yang sahih dari Rasulullah yang bercanggah dengan fatwa ku, maka kamu campakkanlah pendapatku ke dinding,
dan terimalah hadis itu, sesungguhnya itulah mazhab ku"
(جزاك اللهُ خيرًا)
(جزاك اللهُ خيرًا)
BalasPadam