بسم الله الرحمن الرحيم
Apakah itu Sutrah?
Sutrah ialah batas atau penghalang yang diletakkan di depan orang yang sedang bersolat sebagai penghalang kepada saf. Ianya diletakkan hadapan saf, sebagai batasan kepada orang yang bersolat, agar orang yang lalu lalang boleh melintas di hadapannya.
Hukum meletakkan Sutrah?
Orang yang hendak bersolat, disunnatkan meletakkan Sutrah di depannya sebagai tanda untuk orang yang ingin lalu dan melintas dihadapannya, dan ia akan membatasi pandangan mata orang yang sedang solat.
Ini bedasarkan hadis dari Rasulullah:
إذا صلى أحدكم فليصل إلى سترة وليدن منها
Maksudnya: Jika seseorang diantara kamu yang hendak bersolat, maka hendaklah ia meletakkan Sutrah di depannya, dan mendekatkan dirinya ke arah Sutrah tersebut.
(Hadis riwayat: Abu Daud & Ibn Majah)
Apa yang boleh dijadikan Sutrah?
Secara umumnya, Sutrah ialah batasan yang agak tinggi dan jelas, seperti tiang-tiang di masjid, atau tembok. Tetapi jika tidak ada, Sutrah boleh diletakkan dengan apa jua, sekalipun dengan menggunakan batas sejadah. Boleh juga dengan barangan yang kecil seperti kunci, telefon bimbit, tongkat, garisan atau apa jua barang yang kita boleh jadikan ia sebagai tanda untuk menjadi batas untuk orang yang lalu lanang,malah orang juga boleh dijadikan Sutrah.
Rasulullah bersabda:
إذا صلى أحدكم فليستتر لصلاته ولو بسهم
Maksudnya: Jika seseorang diantara kamu yang hendak bersolat, maka hendaklah ia meletakkan Sutrah walaupun dengan sebatang anak panah.
(Hadis riwayat: Ahmad & Hakim - Hadis ini sahih dan memenuhi syarat sahih Imam Muslim)
Dalam Hadis yang lain, Dari Abu hurairah, Rasulullah bersabda:
إذا صلى أحدكم فليجعل تلقاء وجهه شيئا فإن لم يجد شيئا
فلينصب عصا فإن لم يكن معه عصا فليخط خطا ولا يضره ما مر بين يديه
Maksudnya: Jika seseorang diantara kamu yang hendak bersolat, hendaklah ia meletakkan sesuatu di hadapannya. Jika ia tidak dapat jumpa apa-apa, maka letaklah sebatang tongkat. Jika tidak ada tongkat, maka hendaklah ia membuat satu garisan agar ia tidak akan terganggu oleh orang lain yang ingin melintas dihadapannya.
(Hadis riwayat: Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibban - Hadis ini sahih menurut Ahmad dan Ibnu Madini)
Abu Hurairah juga pernah meriwayatkan bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah solat menghadap tiang masjid, pokok, dan menghadap Aisyah yang sedang berbaring, malah Rasulullah juga pernah menjadikan binatang tungganan sebagai Sutrah.
Adakah makmum perlu meletakkan Sutrah jika solat berjemaah?
Jawapannya tidak, kerana Sutrah Makmum adalah termasuk dalam Sutrah Imam, ini bermaksud Makmum tidak perlu letak Sutrah, dan jika sesorang yang melintas di hadapan saf2 Makmum maka ia tidak menjadi kesalahan, tetapi ia tidak boleh melintas di hadapan Imam.
Ini bedasarkan perbuatan Rasulullah yang diceritakan oleh Amr bin Syu'aib, dari ayahnya, dari datuknya" Kami turun bersama Rasulullah dari dataran Adzakhir ( kawasan tinggi di Mekah), Lalu apabila tiba waktu solat, baginda bersolat menghadap sebuah dinding,dan kami menjadi Makmum. Tiba-tiba seekor kambing hendak melintas di depannya, dan baginda menghalang kambing tersebut, dan kambing tersebut lalu di belakang baginda.
(Riwayat Abu Daud & Ahmad)
Ibnu Abbas menceritakan: Aku datang dengan menaiki seekor keldai, ketika itu umurku hampir baligh. Aku melihat Rasulullah sedang bersolat dengan orang ramai di Mina, aku lalu dihadapan saf dan masuk ke dalam saf, sementara keldai ku biarkan ia mencari makanan. Dan tidak ada seorang pun yang menegur perbuatan ku.
(Riwayat Jamaah)
Hukum orang yang melintas diantara orang solat dan sutrah?
Banyak hadis yang menyatakan bahawa orang yang melintas di dalam sutrah adalah HARAM, dan termasuk dalam kategori dosa besar, kecuali jika orang yang bersolat itu tidak meletakkan Sutrah. Zaid bin Khalid mengatakan, Rasulullah bersabda:
لو يعلم المار بين يدي المصلي ماذا عليه كان لأن يقوم أربعين
خريفا خيرا له من أن يمر بين يديه
Maksudnya: Seandainya orang yang melintas di hadapan orang yang sedang bersolat ini tahu besarnya dosanya, nescaya ia akan berdiri selama 40 tahun dari melintas di hadapan orang sedang solat.
(Hadis riwayat: Bazzar dengan sanad Shahih & Jamaah - dalam matan sedikit lain dari Abu Juhaim tetapi maksud yang sama)
Bagaimana jika ada orang yang lintas di hadapan kita?
Jika kita telah meletakkan Sutrah, dan masih ada orang yang melintas di dalam Sutrah, maka kita diperintahkan untuk menghalangnya, dan jika ia tetap mahu lintas jika kita sudah halang, kita dibenarkan untuk menggunakan kekerasan agar memastikan ia tidak lintas, dan perbuatan kita tidak akan membatalkan solat.
Ketika Abu Sa'id Al-Khudri sedang bersolat pada suatu ketika, seorang anak muda ingin melintas dihadapannya, maka Abu Sa'id menghalang, pemuda itu kemudian mencari-cari jalan lain untuk lalu tetapi tidak jumpa, maka ia cuba sekali lagi untuk melintas, dan Abu Sa'id menghalang dengan tangannya di leher pemuda itu, dan lebih keras berbanding kali pertama, maka pemuda itu marah dan memaki Abu Sa'id, hinggakan orang ramai berkumpul. Kemudian pemuda itu mengadu kepada Marwan untuk mengadu, dan Marwan memanggil Abu Sa'id dan bertanya tentanng tuduhan keatasnya. Maka Abu Said menjawab, aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:
إذا صلى أحدكم إلى شيء يستره من الناس فأراد أحد أن يجتاز
بين يديه فليدفع في نحره فإن أبى فليقاتله فإنما هو شيطان
Maksudnya: Apabila salah seorang diantara kamu sedang bersolat, dan sudah meletakkan Sutrah diahadapannya yang menajadi batas agar orang lain tidak melintas didepannya, kemudian jika ada orang yang masih lagi mahu melintas hendaklah ia menghalangnya , jika orang itu tetap mahu melintas lagi maka bunuhlah ia (perangilah) dia kerana sesungguhnya dia adalah Syaitan.
(Hadis riwayat: Bukhari & Muslim)
Wallahulam
Apa hukum budak bermain depan org tgh solat...patut kah berenti solat..macam mana
BalasPadamJika anak-anak kita atau budak bermain depan kita, dalam Mazhab syaife harus untuk kita gerakkan tangan dan menghalang mereka (pisahkan mereka berdua, atau pegang salah seorang). Jika mereka bermain di kawasan melampauai sutrah, kita boleh bergerak ke mereka, jika tidak mengganggu.
PadamJika sedang solat fardhu perlu teruskan solat jika tidak sampai tahap yang kita memang tidak boleh menyambung solat. Boleh batalkan solat jika solat sunnat.
Wallahualam
Adakah jarak boleh di kira sebagai batas. contoh; orang bersolat di barisan belakang masjid tanpa sutrah dan ada orang melintas kira2 10 kaki dihadapannya adakah ini dikira melintas di depan orang tengah solat.
BalasPadamKita boleh melentasi depan orang solat paling dengan jarak di hadapan tempat sujudnya. Kerena?
PadamPertama: Kita beranggapan orang yang sedang solat itu telah membuat satu garisan sebagai sutrahnya kerana dia tidak mempunyai apa-apa untuk dijadikan sutrah.
Kedua: Jika dia yang tidak membuat sutrah, dan tempat yang di solat itu memang kawasan orang berjalan maka ia berdosa. Orang yang membuat sesuatu perkara yang menyebabkan orang lain melakukan dosa,maka ia akan menanggung dosa tersebut. Contoh orang yang sengaja meletakkan arak di dalam tin milo, kemudian ada orang yang meminumnya sehingga mabuk, maka orang yang meletakkan arak itu yang akan menanggung dosa, bukan peminumnya,dengan syarat peminumnya tidak tahu.
Tetapi di dalam Mazhab Hanafi, tidak ada jarak, selagi tidak ada sesuatu yang menjadi penghalang maka kita tidak boleh melintas.
Wallahualam
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam1.Adakah didlm hadis dinyatakan jarak sutrah? Jika tidak
BalasPadam2. Berapakah jarak yg sesuai?
3. Adakah apabila seseorg bersolat menjadikan penghujung sejadah sebagai garis sutrah atau
4. Garis2 di karpet masjid atau surau boleh diambilkira sbg sutrah sebagaimana Hadis riwayat: Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibban - Hadis ini sahih menurut Ahmad dan Ibnu Madini
1/2) Jarak sutrah. Sutrah perlu diletakkan setakat kawasan sujud kita sahaja. tidak boleh letak sutrah dalam jarak yang jauh dari kita. Amalan nabi juga, apabila nabi menjadikan tiang sebagai sutrah, nabi saw akan rapatkan dirinya, sehingga menjadi tempat letak kepala ketika sujud betul2 berada di belakang sutrah.
Padam3/4) Boleh, jika tidak ada sesuatu yang boleh dijadikan sebagai sutrah, kita boleh jadikan garisan atau hujung sejadah sebagai sutrah.
Jangan pening kepala Ikut mahzab ulama yg sudah tafsir hadis2 ni, banyak pulak mujtahid di sini tunggang langgang feqh akhirnya sesat
BalasPadamApe hukum solat jarak satu meter atas maknun..harus atau tidak..sedangkan dalm islam mnyatakan yg solat harus rapat kn saf..
BalasPadamApakah hukumnye kalo kite solat di dlm bilik,tpi ada org berbaring atas katil,yg mane kedudukan dia separuh kedudukan kite berdiri utk solat
BalasPadamBoleh ke kita letakkan sutrah untuk orang lain? Sebab dah tak ada jalan lain, kena jugak lalu depan dia yanv sedang solat. Sedangkan dia tidak letak sutrah
BalasPadam