Sebelum kita membincangkan hukum berpurdah atau niqab, perlu diketahui dahulu apakah aurat bagi wanita terhadap lelaki menurut 4 Mazhab
Dalil utama dalam bab aurat ini di dalam al-Quran Surah an-Nur ayat 31:
ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها
Maksudnya: dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka, kecuali apa yang zahir daripadanya.
Maka ulama berselisih pendapat dalam maksud yang "zahir" daripadanya. dan maksud perhiasan yang tidak dibolehkan.
Dalam hal ini para Ulama berselisih kepada dua golongan.
1) Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi dan Jumhur Fuqaha'
Golongan ini berpendapat seluruh anggota badan wanita aurat kecuali muka dan tapak tangan.
Pendapat ini juga merupakan sebahagian dari pendapat para sahabat dan Tabien. Said bin Jubair menyatakan bahawa, maksud perkataan yang zahir daripadanya itu ialah Muka dan Tapak tangan.
Selain itu, terdapat juga hadis dari Aishah r.a menyatakan, bahawa Asma' pernah ke rumah Rasulullah dengan pakaian yang tipis, Rasulullah kemudian berpaling dan bersabda: "wahai Asma', perempuan apabila telah baligh tidak boleh terlihat daripadanya selain dari ini dan ini". Kemudian Rasulullah menunjukkan ke arah dua tapak tangannya dan wajahnya.
Hujah mereka yang lain ialah, didalam solat dan haji wanita boleh menunjukkan muka dan tapak tangannya. Jika kedua itu adalah aurat, maka sudah pasti tidak akan dibenarkan di dalam ibadat.
2) Mazhab Syafie & Mazhab Maliki
Golongan ini berpendapat seluruh tubuh wanita adalah aurat termasuk muka dan tapak tangan.
Mereka memegang pada ayat dilarang menampakkan perhiasan. Perhiasan terbahagi kepada perhiasan semula jadi, dan perhiasan buatan. Maka tubuh wanita keseluruhannya di anggap perhiasan wanita,maka ia dilarang.
Kemudian dalam sambungan ayat itu menyatakan "kecuali apa yang zahir daripadanya". Golongan ini mentakwilkan yang zahir itu adalah jika berlaku keadaan yang tidak disengajakan atau dalam keadaan darurat. Seperti tertiup angin, atau dalam keadaan berubat.
Selain itu, terdapat beberapa hadis yang nabi melarang para lelaki melihat wanita, dan meyuruh untuk palingkan pandangannya, maka jelas melalui larangan nabi ini haram hukumnya melihat wanita, termasuk juga melihat wajahnya.
Terdapat juga firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 53 yang menyuruh sesiapa yang ingin meminta sesuatu pada isteri nabi perlu lakukan di sebalik tabir, ini menunjukkan larangan melihat wanita bukan mahram. Walaupun ayat ini ditujukan pada isteri nabi, tetapi ia di qiyas kan kepada seluruh wanita muslimah.
Melalui dalil aqli pula, wajah merupakan anggota yang boleh menimbulkan fitnah, kerana ia merupakan sumber utama timbulnya fitnah.
Hukum berpurdah
Setelah jelas pandangan-pandangan berkaitan aurat wanita maka hukum berpudah juga mengikut pandangan yang sama. Bagi golongan yang menyatakan muka dan tapak tangan bukan aurat, maka berpurdah ialah harus, atau sunat.
Sebaliknya yang berpendapat muka dan tapak tangan aurat, maka hukumnya wajib.
Namun perlu difahami dengan jelas hukum ini, kerana kebanyakan wanita-wanita di malaysia tidak memahami perkara ini dengan teliti. Hukum berpurdah wajib jika berpegang dengan wajah itu aurat, namun dalam masa yang sama tangan dan mata juga dikira aurat, maka tidak cukup hanya berpurdah, perlu juga mengenakan sarung tangan dan menutup mata.
Seperkara lagi yang perlu difahami, berpurdah tujuannya ialah untuk menjaga dari fitnah, jika berpurdah tetapi rancak ber'selfie' maka ia tidak mendatangkan faedah. Akhlak juga perlu dijaga, jangan terlalu teruja menunjukkan mata kepada umum, dan beberapa perkara yang menunjukkan kesilapan dalam berpurdah.
Pendirian orang yang berpegang dengan muka bukan aurat juga perlu dihormati, jangan rasakan diri anda mulia kerana berpurdah kerana ini masalah khilafiyah. Juga jangan memaksa orang mengikut pegangan anda, dan jangan pula berkempen. Kerana masing-masing berhak mengambil mana-mana pendapat, Golongan yang berpurdah juga perlu menghormati jika sesebuah institusi mengharamkan pemakaian purdah, ini kerana dalam masalah khilaf, pihak-pihak berwajib boleh untuk menjadikan salah satu dari pendapat yang khilaf ini sebagai pegangan yang perlu diikut atas sebab mengaja maslahah yang lain. Seperti sebuah kolej yang mengharamkan atas sebab untuk mengelak berlakunya penipuan.
Terakhir ialah, perlu diingat bahawa dalam masalah khilaf kita boleh memilih dan boleh mengamalkan kedua-dua pendapat. Jika berlaku keadaan yang melarang kita untuk berpurdah, janganlah terlalu ekstrim dan berkeras tidak mahu menaggalkannya, atau pun berada di kawasan masyarakat yang tidak menerima pemakaian ini, maka seloknya bertukarlah ke pendapat yang ianya bukan aurat. Sikap keras terhadap masalah khilaf ini akan menimbulkan permusuhan dan kekacauan.
Wallahualam
Salah ka seorang wanita yang tidak pandai mengaji mengenakan purdah?
BalasPadamTak salah
PadamIa sangat bagus..aku bileh fahami skrg..skrg aku boleh berpurdah.
BalasPadamApakah siruasi wanita berpurdah perlu membuka purdah
BalasPadamPurdah itu tidak wajib...jdi klau nk pakai teruskan istiqomah klau nk bukak pum bleh...sbb tidak wajib
Padaminysyaallah saya cuba
BalasPadamBoleh saya dapatkan nombor telefon penulis laman ini?
BalasPadamJazakillah khair...sngt membantu
BalasPadamAssalamualaikum...sya bru belajar untk berpurdah.. tetapi mseh ad keraguan dlam diri sye ktika sye memakai purdah..sya merasa tidak yakin dgan berpurdah..
BalasPadamso tak payah pakai
Padampurdah tu sunnah kan ?
BalasPadamsunah.. perkara sunah itu bila dibuat dpt pahala menghidupkan sunah.
PadamDi akhir zaman, bila mana satu2 sunah tlh ditinggalkan. sesiapa yng dpt menghidupkan dpr pahala 100 stahid
Assalamualaikum..boleh ka kita berpurdah atas alasan kita tidak sempurna seperti wanita lain dan supaya tidak mengundang orang bercakap buruk tentang perihal wajah kita
BalasPadamMemang tk boleh ke berpurdah je? Tanpa memakai sarung tangan dan menutup mata?
BalasPadamYg wajib diantaranya adalah menutup pergelangan tangan dan kaki..berpurdah itu sunat..dahulukan yg wajib baru buat yg sunat…adapun jika melakukan kedua2 nya adalah lebih baik
PadamApa hukum berpurdah?
BalasPadamYg penting, niqab/purdah niat kerana Allah, kurgkan post gmbr selfie2, jgn terlmpau menunjukan diri dlm media sosial, selfie boleh tp simpan utk diri sdiri. Insya-Allah..akan Allah permudahkan penghijrahan kita semua. Wallahu'alam.
BalasPadamSiapa yg boleh melihat kita ketika tidak berpurdah.
BalasPadamBoleh ke guna niqab tapi dalam rumah duduk sebumbung dgn ipar lelaki muhrim sementara buka niqab dan guna tudung biasa ?
BalasPadamAssalammualaikum, saya nk berkongsi apa yg saya dengar dari Ustazah Khudaij Alosmany. Kata ustazah, berpurdah atau niqab ini kerana Allah. Bukan utk suami /parents. Kerana Allah.
PadamJadi kalau dlm rumah ada bukan mahram, perlu pakai purdah/niqab. Sbb tujuan asal kita utk perlihara diri kita dari dilihat.
Waallahualam bisawab.
Bole ke di luar rumah guna niqab tapi dalam rumah duduk sebumbung dgn ipar lelaki muhrim smntara buka niqab ?
BalasPadammcmna pula kalau ada institusi yg mewajibkan niqab, bolehkan yg tak berniqab ni secara extrim enggan memakainya?
BalasPadamApakah hukum perempuan berpurdah menunjuk muka asli kepada lelaki yang tiada pertalian darah?😇
BalasPadam