Khusyuk dan was-was di dalam solat. Hukum-hukum berkaitannya


Khusyuk di dalam solat merupakan sesuatu yang dituntut di dalam agama. Namun kadangkala kita sering tertanya adakah sah solat kita jika kita tidak khusyuk? Sebelum itu akan diterangkan secara ringkas apakah itu khusyuk di dalam solat.

Firman Allah dalam surah al-Mu'minun ayat 1-2

"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (yaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya."
Menurut Imam Al-Ghazali, khusyuk itu tercapai jika sewaktu mengerjakan solat, terpenuhi hal-hal berikut ini:



  1. kehadiran hati;
  2. faham makna kalimah yang di baca
  3. mengagungkan Allah SWT;
  4. merasa gentar terhadap Allah SWT;
  5. rasa pengharapan kepada Allah SWT; dan
  6. merasa malu terhadap-Nya





Dengan demikian makna khusyuk sebagaimana didefinisikan oleh Sa’id bin Jubair, adalah terpusat(fokus)nya pikiran terhadap solat yang sedang dilakukan hingga tidak mengetahui siapa orang yang di sebelah kanan dan sebelah kirinya. Hal ini pernah dibuktikan oleh Muslim bin Yasar yang diceritakan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya: Ihya Ulumuddin, yang mana ketika beliau sedang mengerjakan solat di sebuah masjid, banggunan masjid itu runtuh tanpa disedarinya. 




Khusyuk merupakan roh (jiwa) solat. Jadi jika kita senantiasa solat dengan khusyuk, solat yang kita lakukan akan menjadikan hari-hari kita lebih positif . Agar kita dapat solat dengan khusyuk, maka haruslah berusaha:




  1. ketika solat kita harus merasa sedang menghadap Allah SWT, yang mengetahui segala sesuatu yang tersimpan dalam hati dan pikiran kita;
  2. tidak tergesa-gesa, baik dalam membaca bacaan solat maupun melaksanakannya;
  3. memperhatikan bacaan solat , sekaligus menghayatinya dalam hati;
  4. membuang jauh-jauh segala hal duniawi dan keraguan yang mengganggu hati.


Walaubagaimanapun, ketika sebagai manusia sering diganggu oleh syaitan, yang kerjanya untuk melalaikan manusia. Di dalam solat kita sering terfikir hal-hal berkaitan keluarga, kerja, dan macam-macam lagi. Bagaimanakah status solat kita?

Pertama sekali, kita perlu tahu konsep khusyuk di dalam fiqh, ianya sama seperti konsep taqwa. Taqwa itu bermaksud kita patuh dan laksanakan suruhan Allah, dan meninggalkan apa yang dilarang. Namun kita sebagai seorang manusia, tidak maksum dan tidak lari dari melakukan maksiat, adakah kita tidak lagi dikira sebagai orang yang bertaqwa? Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 201

Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka Dengan itu mereka nampak (jalan Yang benar).

Di sini kita jelas kita boleh lihat bahawa Allah taala telah menyatakan orang yang bertakwa bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, tetapi ialah orang yang apabila melakukan kesalahan dan ia cepat-cepat sedar dan kembali pada jalan yang benar.

Begitu juga dengan Khuyuk, walaupun menurut bahasa ia bermaksud kita tumpukan perhatian pada solat, tetapi dalam makna syaraknya ialah kita tumpukan perhatian, dan jika kita lalai cepat-cepat kembali menumpukan perhatian. Kerana kita mustahil untuk manusia (kecuali orang-orang yang tertentu) khusyuk 100% di dalam solat, inilah sifat manusia yang sentiasa akan dilalaikan oleh syaitan.


Bagaimana solat kita yang tidak khusyuk ini?

Solat yang tidak khusyuk hukumnya tetap sah, kerana khusyuk tidak termasuk dalam syarat sah, tetapi solat kita dianggap tidak sempurna. Sebagai seorang Islam kita perlu cuba untuk tingkatkan tahap khusyuk kita setiap kali solat. 

Bolehkah mengulangi solat fardhu 2 kali atau lebih?

Mengulangi solat fardhu ini mempunyai dua hukum. Sunnat dan Dilarang

Jika kita telah melakukan solat fardhu bersendirian atau berjemaah, kemudian kita dapati ada jemaah lain yang sedang solat, maka sunnat jika dia ulangi solat dengan jemaah itu. Syarat dan rukun solatnya dikira sama seperti solat fardhu, seperti tidak boleh solat duduk,tidak boleh batalkan solat dengan sengaja dan lain-lain. Tetapi hukum solat itu dikira sunnat.  Ini bedasarkan hadis Rasulullah






فلا تفعلا إذا صليتما في رحالكما ثم أتيتما مسجد جماعة فصليا معهم فإنها لكما نافلة

Maksudnya: Jangan kamu lakukan demikian. Apabila kamu telah bersembahyang di kediaman kamu, kemudian kamu mendatangi masjid jemaah maka bersembahyanglah bersama mereka. Maka sesungguhnya ia menjadi sunat bagi kamu.


(Tirmizi (no: 219) dan katanya "Hadis Hasan Sahih", Nasaie (no: 858).)

Hukum yang kedua, megulangi solat fardhu adalah dilarang oleh syarak, jika mengulangi itu dengan alasan kerana merasakan solat kita tidak khusyuk, atau tidak puas hati, atau rasa was-was terhadap sesuatu. Larangan ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah:





لاَ تُصَلُّوا صَلاَةً فِى يَوْمٍ مَرَّتَيْنِ




Maksudnya: Jangan kamu melakukan satu-satu solat dalam satu hari sebanyak dua kali.

(Abu Daud (no: 579), Nasaie (no: 860), Ibn Khuzaimah (no: 1641), dan lain-lain.)



Bagaimana jika was-was? Adakah boleh ulangi solat fardhu?

Dalam hal ini, ia tetap dilarang. Seperti kita telah jelaskan, mengulangi solat fardhu hanya dibolehkan jika kita melakukan solat sendirian, dan ingin berjemaah. Selain dari itu maka ia dilarang.

Jika kita was-was adakah boleh batalkan solat?

Jawapannya tidak boleh, kerana Rasulullah juga pernah terlupa, baginda melakukan solat zohor dua rakaat, kemudian selepas diingatkan oleh sahabat, baginda menambah lagi dua.

Jika kita tersedar yang kita melakukan solat kurang rakaat selepas habis solat, maka kita hanya perlu tambah bilangan rakaat yang terlupa itu sahaja, dengan syarat ia perlulah dalam masa yang tidak terlalu lama (dianggarkan dalam lingkukang 5-10 minit). 

Manakala jika didalam solat kita terlupa, seperti adakah sedang di rakaat 3 atau 4? Maka dalam hal ini, perlu mengambil jumlah rakaat yang sedikit, dan melakukan sujud sahwi sebelum salam. Kata Rasulullah, jika kita memang berada pada rakaat yang betul, sujud sahwi itu sebagai penghinaan kepada syaitan kerana gagal merosakan solat kita, tetapi jika kita sebenarnya sedang di rakaat ke 4, tetapi buat kembali rakaat ke 3, maka sujud sahwi itu sebagai menyempurnakan solat kita. 

Kesimpulan

Tidak khusyuk di dalam solat sebenarnya berkait dengan was-was. Jika kita sering was-was maka syaitan lebih mudah mengganggu kita. Apabila kita sedar yang kita sering tidak khusyuk di dalam solat, maka perlulah melatih diri agar menambah ke khusyukan itu, mungkin pada peringkat awal tidak sampai 100%, walaupun pada ketika ini sekadar 10% sahaja, dengan usaha dan tingkat ilmu kita ia akan bertambah dan semakin baik. Insha Allah

Wallahualam.

20 ulasan:

  1. Tapi, kalau sudah solat dua kali, swbab was2 baru tahu hukumbya tidak boleh? Bagaimana pula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak silap,jika tak tahu tak apa....melaikan dah tahu tetapi buat juga...

      Padam
  2. Jika kita terlupa bacaan sewaktu melakukan sujud sahwi bagaimana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ringkasan Jawapan

      Bacaan bagi sujud sahwi adalah sama seperti bacaan zikir dalam sujud ketika solat. Tetapi sebahagian ulama menjelaskan sunat mengucapkan “سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو”. Perbuatan tidak membaca zikir pada duduk antara dua sujud sahwi tidak membatalkan solat kerana ia bukan perkara rukun atau fardu dalam solat. (Al-kafi #1804)

      Padam
  3. Bagaimana kalau bacaan kita kadang tu ade yg tk jelas,nak baca kuat nanti menggangu org lain ,jadi bila solat diluar,waktu balik rumah qada balik sebab rs tk sah bacaan tk jelas .

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pon nak tahu juga.... tolong balas juga

      Padam
    2. Asalkan bacaan kita tu dapat dengar macam waktu kita solat dalam keadaan sunyi
      Jadi kalau kita solat berjemaah tk nk ganggu org lain atau solat dalam suasana bising, memadai bacaan kita tu, suara yg kita guna dalam keadaan solat dlm suasana sunyi walaupun kita tk dengar bacaan kita dgn jelas
      Sah solat

      Padam
  4. Kalau saya sujud lpstu dtg syak sujd pertama atau kedua ,pastu dtg yakin yg sya dh sujud kedua..then tiba² dtg was was blik sama ada sujud 1 atau ke2 ..ape perlu sya buat ?batalkah solat saya

    BalasPadam
  5. Saya lagi teruk kadang boleh tak ingat tasbih sujud ni dah tiga kali ker baru dua kali baca. Terus jammed. Nak baca lagi ker, sekali jadi empat kali amacam..Masa rukuk pun kadang kena. Tapi biasa bukan kerana ingat pikir benda lain tapi pasal nak focus translate melayu nyer. Boleh sampai terlupa, baru dua ke dah tiga kali aku dah baca ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang saya tahu..terlebih atau terkurang bacaan tasbih sujud tidak termasuk syarat sah / rukun solat..jika sujud sambil xbaca pon masih sah..betulkan saya jika saya salah

      Padam
  6. Terima kasih..persoalan sy telah terjawab

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, kalau wasx2 kentut? Sbb setiap kali nk solat terkentut... Solat pon bertambah-tambah... jadi apa perlu buat? Ada limit ke tambah solat? Ke dilarang sama sekali?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tiada bau dan bunyi, dan lebih kepada was-was semata-mata, boleh dikira bahawa itu hanyalah pergerakan otot dubur semata-mata. Kadang-kadang kerana ada angin yang terperangkap di celah punggung tetapi bahagian luar. Itu bukan kentut. Kadang-kadang juga dirasai gas di bahagian hujung dalam dubur itu naik ke usus, membuatkan ada rasa sensasi di bahagian hujung. Itu juga bukan kentut.

      Maka yang penting dalam isu ini ialah keyakinan bahawa memang ada hadas yang keluar, lalu membatalkan wuduk dan solat. Jika tiada maka kekallah hukum asal bahawa seseorang itu masih dalam keadaan suci.

      Wallahua’lam. (Mufti wilayah persekutuan al-kafi #415)

      Padam
  8. Macammana pulak kalau dh solat cukup rakaat tapi pada rakaat ketiga tu Kita terlupa bacaan

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Kalau was was dengan niat solat, batal ke solat?

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum saya nk tnya..klu kita ragu dlm rakaat solat tp kita x tmbah rakaat adakah solat tu sah? Ok terima kasih

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum..bagaimana jika kita was was bilangan rakaat dan mengambik bilangan rakaat yg sedikit, tetapi sebelum salam tidak melakukan sujud sahwi? Adakah masih sah?

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum, bagi perempuan, macammana kalau waktu solat kita sedar yang rambut kita terkeluar waktu solat tapi kita tetap teruskan... Adakah itu kira sah?

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum, saya ingin bertanya, jika kita was ii rakaat, tapi tak tambah rakaat, adakah solat itu perlu diganti ?

    BalasPadam