ZHIHAR
Zhihar
merupakan satu cara talak dalam amalan jahiliyyah, iaitu menyamakan isteri
dengan orang-orang yang haram dikahwini seperti ibu mereka, dan haram untuk
mereka menyetubuhinya, maka isteri mereka akan haram selama-lamanya.
Adakah
Zhihar dikira talak atau pengharaman sahaja?
Zhihar
pada zaman arab Jahiliyyah dikira talak, dan isteri mereka akan diharamkan
selama-lamanya. Tetapi selepas kedatangan Islam hukum itu berubah, dan
dimansukhkan, hukum zhihar adalah tidak jatuh talak, namun haram untuk suami bersama
dengan isteri. Di dalam Mazhab Syafie perbuatan ini termasuk dalam DOSA BESAR.
Apa
yang diharamkan dalam zhihar?
Menurut
pendapat Jumhur Ulama (mazhab hanafi, maliki,hanbali) diharamkan untuk suami
bersama isteri dan diharamkan juga untuk melakukan permulaan jima', dan
bercumbuan. Manakala menurut mazhab syafie, diharamkan berjima' sahaja.
Pendapat jumhur adalah lebih selamat dan tepat.
Apa
yang terjadi jika suami telah menzhirarkan isteri?
Suami
yang telah menzhiharkan isterinya, perlu melalui dua situasi ini:
1) Haram
untuk bersama dengan isterinya.
2) Jika
hendak menarik balik zhiharnya itu perlu melakukan kaffarah, selepas selesai
kaffarahnya maka baru dibenarkan untuk bersama dengan isterinya semula.
Kaffarahnya tidak boleh dipilih,perlu ikut urutan ialah:
i.
Bebaskan seorang hamba. Jika
tidak mampu,
ii.
Puasa 2 bulan berturut-turut.
Mazhab hanafi dua bulan itu dikira dengan jumlah bulan secara genap, sebulan 30
hari. Mazhab maliki dan syafie pula dua bulan mengikut hari dalam kalendar
hijri, jika tidak tahu maka perlu genapkan sebulan 30 hari. Jika terlepas satu
hari berpuasa tanpa uzur syarie, maka puasanya terbatal dan perlu mula semula
kiraan hari puasa.
iii.
Jika tidak mampu berpuasa
disebabkan alasan yang dibenarkan syarak seperti sakit, maka kaffarahnya ialah
memberi makan 60 orang miskin. Makanan yang diberikan perlulah mengikut makanan
kebiasaan sesuatu kawasan, dan makan perlu sehingga kenyang. Mazhab maliki dan
syafie tidak boleh memberi makan kurang dari 60 orang, tetapi mazhab hanafi
membolehkan memberi makan seorang 60 kali.
Kesimpulannya, zhihar hanya
terjadi melalui ucapan suami, dan haram hukumnya. Ucapan zhihar adalah merujuk
kepada pengharam terhadap isteri sahaja, bukan menyamakan dalam perkara-perkara
yang lain. Pengharaman boleh terjadi jika disamakan dengan ibunya atau
mana-mana orang yang haram dikahwini. Wallahualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan